October 27, 2010

Jiran Sebelah

Semalam dengan rajin membasuh kain (menggunakan washing machine) sebanyak dua trip. Bila tiba untuk menyidai, salah seorang daripada penghuni rumah sebelah keluar untuk membasuh baju. Oleh kerana beliau ini tidak pernah memperlihatkan wajahnya di kalangan penghuni taman, maka aku cuba untuk berkomunikasi dengan beliau.

Ish. Tak pandang aku pun. Aku nak tegur kau ni.

Beliau masuk rumah. Tap.
Pintu dalam dikunci.

Keluar balik. Letak pencuci dalam mesin basuh. Masuk balik.

Keluar balik. Tekan button nak drain. Masuk balik.

Keluar balik. Tekan button spin. Masuk balik.

Keluar balik. Jenguk baju dalam mesin.

Pelik dengan keadaan tu, aku pun beranikan diri.

"Err.. Assalamualaikum. Saya rasa cover washing machine ni korang yang punya. Haritu angin tiup masuk dalam kawasan rumah saya."

"Mmmm.." Sambil letak cover machine kat lantai.


Aku dengan dahi berkerut masuk rumah. Tap. Kunci pintu grill. Kunci pintu dalam.





Oh. Bisu.