February 23, 2009

Apa dah jadi dengan aku sekarang nih?

Hari ini hari bekerja. Aku berhempas pulas untuk arrange time table final exam yang akan datang. Alkisahnye aku kena update system. Letak nama-nama lecturer yang mengajar. Kalau tak, diorang tak dapat nak key-in markah dalam system.

Minggu lepas, nak dijadikan cerita la. Tengah la meng'update'kan data-data tu semua, aku rasa nak bersin. Oleh kerana tak nak virus berjangkit dengan opismate aku paling ler muka sambil membongkok. Disebabkan aku membongkok tu la tiba-tiba berlaku satu kejadian yang aku rasa memang dasyat. Tak boleh dibayangkan dengan mata kasar tau.

Bleh plak aku terjatuh dari kerusi yang aku duduk tuh!
(Ala.. kerusi beroda takde tempat letak tangan, yang biasa kita nampak kat klinik ke, hospital ke..)

Bukkk!!
Dalam masa yang sama ada la jugak sorang lagi opismate ni masuk dalam bilik sambil mulut nyot nyet nyot nyet. Bila dia tengok jek aku jatuh terus mulut terlopong then mata ala-ala ikan buntal. Mulanya aku pun terkedu gak lepas jatuh then tetiba rasa gelihati yang amat sangat. Abis satu opis gelakkan aku. Ooo... korang gelakkan aku yek! B****t aku sakit ni tau tak!

Cerita ini berlanjutan hinggalah ke hari ini.
Aku masih lagi menganalisa dan menyelenggara time table sebab nak hantar secepat yang mungkin. Tengah buat kerja tu sorang opismate cakap.....

Opismate A : "Lapar la pulak.. kalau ada keropok kan best"
Opismate B : "Keropok lekor best la B.F"
Opismate A : "Nanti boleh la amik keropok kering kat K.S"

Opismate B : "Alaaa.. Taknak la keropok kering. Kitaorang nak keropok lekor"

Dan aku dari dalam bilik menyampuk "Haaa.. Betul" "Taknak keropok lekor! Taknak keropok lekor! Taknak keropok lekor!"

Tetiba aku tersedar yang aku dah salah cakap rupanya..
"Eh! Salah cakap pulak! Taknak keropok kering! Taknak keropok kering! Taknak keropok kering!"

Opismate A : "Aku dah agak dah. Sejak dia jatuh dalam bilik ni terus otak jadi mereng. Kah kah kah"

Opismate B : (Bersama-sama opismate lain menggelakkan aku)

Aku : "Ish..!! Bilik ni ada puaka la. Semua benda jadi mereng pulak."

Opismate A : "Intan! Ambik balik kerusi tu bagi KakNoi duduk, biar dia jatuh balik. Nanti baru la dia ok."

Mereka masih lagi mentertawakan diriku..

Xpe Xpe.. (sampai sekarang punggung aku terasa sengal lagi.. huhu..)
Kini aku tidak lagi duduk di kerusi tu. Sebab mengikut sejarah tamadun, kerusi tu telah menjatuhkan ramai orang di pejabat aku nih. Maka aku mengambil kesempatan untuk mengelakkan diri dari duduk di kerusi itu lagi.

*ooo... baru aku teringat hari ini aku tidak mendapat Vitamin D (cahaya matahari) sebab kat kuantan pada waktu itu tengah mendung. Tu sebabnya ter'mereng' seketika.

February 22, 2009

Tag lagi!

Hari ini hari bercuti. Saya telah di tag oleh seseorang yang mempunyai talian hidup dengan diri saya. Antara mahu dengan tidak, saya telah menunaikan hajat beliau untuk menampal tag ini dalam blog saya.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

A. Copy “2008 Cute’s Blogger Award” to your blog. (2008? Dey, skang da 2009 lar..)

award

B. Put a link from whom you get this award.

This award was given by The Bubbliest Sis in Law

C. Each blogger should state 10 facts/hobbies about themself before nominating the next winner.

So, mari kita sama-sama hayati...

  1. Saya adalah seorang wanita.
  2. Saya sangat suka kepada haiwan terutamanya haiwan yang berbulu.. ("Orangutan" tidak disenaraipendekkan)
  3. Saya berumur 26 tahun 5 bulan 4 hari pada tarikh entri ini disiarkan. (fakta tuh ye)
  4. Saya adalah seorang yang sangat mementingkan penampilan. Jadi saya akan memastikan ada bedak dan lispstik di dalam beg tangan supaya tidak kelihatan pucat. Oh ye, dan juga ubat titis mata bagi memastikan mata saya tidak merah dan kering.
  5. Saya juga suka menonton wayang. Tetapi bukan wayang yang mempunyai jalan cerita yang berat kerana adalah berat untuk otak saya memikirkan jalan cerita tersebut.
  6. Saya sangat meminati muzik yang agak heavy. Tapi bukan heavy metal. Band kegemaran saya adalah Evanescence.
  7. Saya suka melancong. Akan tetapi rata-ratanya melencong.
  8. Saya suka akan kedamaian. Tidak bising. Tidak menyesakkan otak saya.
  9. Saya kini tinggal bersama-sama kawan2 saya iaitu EgYan, Cik Rus, Nanako, Yanty dan Muiez. Tidak lama lagi saya akan meninggalkan mereka. (oh! tidak..)
  10. Saya sangat sayang keluarga saya. Rumah kampung saya. Kereta saya. Haiwan peliharaan saya dan apa-apa yang menjadi milik saya.
I give this award to:
  • K. Na balik.. hehe..
  • Cik Rus
  • Melia Reza
  • Cik Elizad
  • Encik Sam
  • Cik Izyan
Dan sesiapa sahaja yang terbaca blog ini.. Sila-silalah menjawabnya yek.

Sekian, terima kasih.

February 17, 2009

Kenapa mereka jadi begitu?

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Kan?kan?

Tak tau lagi dah nak explain camne. Aku dah malas nak ambik kisah. Lantak korang ler nak buat camne pun. Dah besar panjang. Dah layak untuk bergelar bini orang. Tapi perangai tak ubah macam budak darjah satu. Itu satu. Satu lagi jenis yang dok buat dek jek dengan keadaan sekeliling. Aku dah bagi hint so faham-faham je lah. Ni tak, nak aku sound tepek ke baru nak buat? Ataupun mereka ini jenis tak makan nasihat? Tak pun macam curah air kat plastik?
Hmmmm...

(Aku adalah manusia yang suka keadaan yg tenang, tak berserabut, tak berselerak, bersih, kemas dan cantik. Bila nampak sesuatu yang kemas dan teratur, maka aku akan merasa satu kepuasan dan kedamaian. Aku manusia. Kita manusia. Bukan robot.)

Ok. Terima kasih.

*sakit hati bila kita dah susun elok-elok, letak baik-baik, esok tengok dah jadi cam asal balik. kita berniat nak cantikkan suasana tapi bila kecantikan tu diselitkan dengan ketidakfahaman tentang mengenal erti kecantikan, aku fed-up.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu lepas balik kampung jap. Tengok rumah. Sekarang ni musim panas (macam kat oversea jek). Jiran bagitau dah dekat 2 minggu tak hujan. Sedih. Tengok pokok2 renek ada yang separuh nyawa dah. Dedaunan berguguran (fulamak puitis giler) di halaman. Dalam masa 1/2 hari tu cukup untuk aku sapu daun-daun kering, siram pokok bunga & apa2 yang patut ler.


kebersihan yang terlampau. kereta tidak disenaraikan

sebelum di kemaskini

sudah berputik ya! aku akan kembali untuk jeruk mangga buatan sendiri

sekali pandang macam mawar, dua kali pandang macam carnation. siapa tahu ini bunga apa?
aku pecinta alam tapi aku bukan penghafal setiap isi alam.
(oh! cik rus, saya hanya berlagak kenal dengan bunga ini. sebenarnya kurang pasti. hehe)

Bila balik kampung, terubat rasa rindu dengan panorama yg mendamaikan. Macam nak tinggal untuk selama-lamanya kat kampung. Tapi demi mencari sesuap nasi aku kena jugak berhijrah dari kampung halaman. Nasib baik ler aku berhijrah kat tempat yg agak dekat dengan kampung. Buatnya aku kena kerja kat oversea, tak ke naya tuh. Mau tiap2 hari aku nangis. Bleh jadi Kassim Slamet tau!

February 13, 2009

Dari Tanah Kita Datang.. Ke Tanah Kita Kembali..

Yesterday, went to Seremban because one of my housemate's mother passed away. The situation sama dengan apa yang menimpa aku dulu. Tengah2 bersiap nak pegi office, then dapat call mak x sedarkan diri. On the way balik kg, i was informed mak dah tak ada.

Exactly the same. Mak dia jugak ada sakit. Tapi aku x pasti dengan jenis penyakit tu. Sampai sana dalam kul 2.30pm. Ke hospital dulu sebab kena buat post mortem. Lepas tu baru bawak balik umah, sembahyang jenazah kat surau then dikebumikan. Semuanya selesai dalam pukul 5pm. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar.

Aku faham dan dapat rasai apa yang housmate aku alami skang. Sebab aku penah melaluinya.
Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan dicucuri rahmat Allah SWT. Amin..

Al-Fatihah utk ibu beliau.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

On the way ktorg balik singgah kejap kat KL.
Carik makan. Lapar giler babeng.
Sebelum tu singgah dulu kat Sunway Piramid. Lepak kat sana akibat miscommunication yg amat sangat. Hehehe.. Ish, tragedi sungguh.

Sblm balik ke Kuantan, singgah dulu menikmati selera kat Nasi Kukus Ayam Dara area Putra LRT Taman Melati.

Sampai umah terus kedebum..


note:
sedihnya Coffee Bean & Tea Leaf kat Sunway Piramid da ditukarkan dgn cafe berjenama lain. terpaksa mencari alternatif lain.

Jom Masuk Spital

Pada suatu hari..

Berkejaran ke Pusat Perubatan Kuantan (KMC) untuk menghantar one of my colleagues as she fainted becoz of gastric.

Thanks God that my officemate heard something strange whenever she was in line with her. Apa lagi, sampai jek kat opis tengok2 da terjelepuk bawah meja. Actually, she's suffering of ermm.. eh, aku lupa la amende nama penyakit dia tuh. If you are interested to know about her story just click to sikenitsue.blogspot.

Macam biasa..





Moga cepat sembuh yek.. InsyaAllah..

-the end-

February 12, 2009

Makan..makan..makan

Last weekend stay kat umah jek. Nothing to do. Bosan. So one of my housemates, Cik Rus ajak pegi pekena Laksa kat Taman Gelora. Mmm.. ok jek. lagipun tak ada menda nak buat skarang nih. Baik pegi melantak. Even badan dah mula naik, pipi makin tembam, lemak makin bertambah, makan punya pasal aku on jek.. hehe..

Tapi sayang 1000 kali sayang. tutup la pulak. takpe, ada plan B.
Sampai la kat Tanjung Lumpur. Menapak di "Mok Na". Btw, tmpt ni memang famous dgn makanan pantai timur. Segala jenis seafood ada. Tapi menu diorang ni agak berat la. Bagi yang tengah berdiet adalah tidak digalakkan untuk menjamu selera disini. Harap maaf. Penuh dgn kolestrol. :)

kesedapan sehingga menjilat tapak tangan. Eh, salah la. tgh minum air tu..


apakah anda terlihat kesan ketara akibat terlalu banyak makanan berkolestrol tinggi?
ketembaman terlampau..



Actually, dah jadi macam satu hobi makan makanan camni. Jika anda menggemari makanan seperti ini, sila lupakan hasrat untuk berdiet kerana saya yakin anda tidak mampu untuk berpantang.

February 2, 2009

From East to West

3 mggu berturut-turut aku travel.
Penat. Sampai demam2 skang nih.

Last week turun shah alam sebab ada housewarming ex-opismate. Yang x best kena naik bas awal2 pagi tu. Ari sabtu pukul 8 pg. Sedang itulah waktu untuk aku merehatkan otak dan minda di kala cuti hujung minggu. Nak drive pun malas. Jimat minyak, jimat tenaga, jimat duit. Skang ni nak kena berjimat. Tapi kalo dah namanya hantu shopping, jimat camne skali pun x berbaloi gak. Huhu..

Bas dari kuantan gerak sharp kul 8 tu. Sampai KL about 10.45 pagi. Dah ler x breakfast lagi. Driver bas tak pulak stop kat mana2 R&R bagi ktorg ni breakfast dulu. Hampeh tol! Alih2 berenti kat R&R Lanchang jek. Eh, i need hot drink tau.. Dapat pekena teh tarik pagi2 camni baru ada tenaga sket nak travel. Takkan nak minum air tin jek. Tah pape..

Pagi2 kat KL x berapa sibuk. Sebab org bercuti @ tgh keja. Sementara menunggu seorang hamba Allah amik aku kat KL Sentral Lepak jap kat tempat favourite aku, Coffee Beans n Tea Leaf.

Sedihnya, kat Kuantan belum lagi wujud Coffee Bean & Tea Leaf ni.


Pergi dulu Pasaraya NSK kt Selayang membeli pastu blah apa yg patut. Sumpah, aku x penah tau pun wujudnya supermarket nama NSK nih. Mulanya aku ingatkan mana punya kilang tah yg diorg nak bawak pegi beli barang. Ish..ish.. Ok, stop gelakkan aku. Apa nama penuh NSK tuh?

Ari sabtu belum lagi start event. Cuma wat preparation apa yg patut jek. Macam siapkan kelengkapan masak n bla bla bla. The event start esoknye..

Ini ialah Sarah Zuraida. Berusia 4 bulan. Anak kepada Apiz n Ieda. Muka tembam dan pembengis. Macam bapak dia jugak.. hehehehe.. Kepantangan dia apabila nampak orang lain depan mata tapi orang tu buat dek jek kat dia. Sila-sila lah mencari idea untuk membuat dia happy ok..
Waktu malam di Shah Alam 2 agak sejuk. Sebab masih dikelilingi hutan belantara. Ala, tunggu je la 10 tahun lagi. Cam KL la jugak. Bukak mata jek terus nampak bangunan 100 tingkat. Huh! Aku selamat melelapkan mata jam 1 pagi. Kenyang + lalok + ngantuk + penat + hidung penuh dgn mukus.


Oleh kerana aku telah berjanji untuk menyiapkan breakfast utk mereka yg ada di rumah tu, maka aku telah bangun seawal jam 6.50 pagi. Ok la tuh, kira awal la jugak. Lepas solat Subuh, terus turun dapur. Mata aku masih lagi digayuti rasa lalok dek penangan ubat selsema n migrain. Sebelum kul 9 pagi, umat manusia di rumah itu selamat menjamu selera dengan nasi lemak resepi turun temurun family aku.. hehe..

para pahlawan terulung di alam maya sementara menanti makanan di siapkan

Dlm kul 1, geng yang lain baru sampai. Dah siap masak untuk tghari dah. Macam biasa, kalo perut dah kenyang mata pun kuyu. Satu pencapaian yg bagus sb aku x membuta sampai petang. Dapat lelap dlm 5 minit pun jadi. Orang ramai.. x sanggup..
Ok, sebelum yang lain balik ktorg celebrate birthday 3 org geng yg kebetulan lahir dalam bulan yang sama. Jimat kek, jimat duit, jimat masa.. :)



bakal peserta Malaysia Most Eligible Bachelor 50 tahun akan datang..

Lepas solat Maghrib, aku terus berkemas sb bas ke Kuantan 9.30 malam. Tak nak lagi ditinggalkan bas seperti 2 minggu lepas. Rasanya kalo aku diimbas oleh aura masa tu adalah berwarna merah menyala. Ibarat aku adalah Ghost Rider dalam cermin pembalikan. Ada faham? Tak faham xpe.. abaikan jek..

Kali ni aku pun hangin jugak sebab bas yang biasa aku naik tu terkenal dengan identiti meninggalkan penumpang, lambat tiba. Reputasi syarikat bas tersebut telah tercemar akibat lewat tiba. Anda tidak boleh lewat, tukang bawak bas tu lewat xpe..

-the end-