Lapar.
Panas. Hujan. Panas. Hujan. Lepas tu panas balik. Bila je ada niat nak basuh kereta, tetiba ada la pulak sekelompok awan hitam dok atas langit kat kawasan umah aku. Ala, baru berangan nak kurangkan berat badan dan tambah muscle kat tangan aku bila basuh kereta. Bengang. Ari Sabtu adalah hari terakhir final exam kat kampus. Exam pagi jek. aku malas nak balik awal hari tu. Baik layan game atau internet kat office daripada balik rumah tido sepanjang petang. Kalau tak tido pun dok melayan tv cerita yang entah apa-apa. Lagi bosan. Dah la rumah bersepah. Lagi menyampah.
Tetiba lak terasa rajin nak buat kuih koci. Sekarang ni kena buat sendiri. Dulu selalu jugak bila balik kampung arwah mak yang suruh bancuh tepung then dia buat inti. Sedap giler. Kenapa aku buat tak macam arwah mak buat?
Kenapa?
Ahad rasa heaven. Bangun tido pukul 7. Bukak pintu bilik aku dah ada kejutan pagi. Damn. Terus darah naik ke kepala. Sakit. Geram. Terus hilang mood aku nak happy-happy pagi tuh. Lepas subuh gajah aku terus lepak dalam bilik layan buku. Mood dah reda baru aku kuar bilik. Aku lebih suka diam. Malas nak bising-bising. Bagitau sekali dah. Faham-faham la sendiri.
Bosan keluar masuk bilik aku buat apa yang patut aku buat. Basuh sarung sofa. Letak kandang kucing kat luar (skali ngan budak 2 ekor tuh) then kemas ruang tamu. Kalau la ada mesin hampagas.....
Lepas 3 jam kemas living hall jek aku cari bathroom scale. Kurang 500 gram beb! Kalau aku kemas seminggu sekali selama 3 jam = aku jadi zombie. Cukup untuk minggu ni. Mana boleh jadi tiap-tiap minggu. Tak ada istilah bibik. Masing-masing kena sedar diri. Ok.
Pegi AGD final year student aku gunakan apa yang ada. Jubah yang aku beli masa pegi Umrah dulu, Tudung bini Mawi yang saja dibuat pekasam, dan stokin hitam Giant berharga 99 sen. Cuma ada la selai baju yang aku tak ada dan tak mau pinjam orang punya. Kena beli la jugak. (Rasa bangga kejap sebab tiba-tiba jadi pandai menggunakan apa yang ada dalam wardrobe. Hinssss..hinssss...)
note: gambar ada. kena tunggu yang cantik sebab kamera aku rosak. damn. damn. damn.
April 20, 2009
April 17, 2009
Adakalanya berdiam diri lagi baik dari menyatakan perkara yang tidak sepatutnya
Baru-baru ni aku 'ter'lebihkan tumpuan dalam online profile. Tengah hebat members dok mengadap kuiz yang ada masanya entah pape punya soalan. Kadang-kadang jawapan pun macam haram. Sebagai salah seorang daripada mereka sedang gian menjawab kuiz, aku pun cuba la jawab kuiz "Hari Lahir Anda Dalam Hijrah". Mmmmmm...
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada
29 Zulkaedah 1402 Hijrah
iaitu jatuh pada hari
Sabtu.
29 Zulkaedah 1402 Hijrah
iaitu jatuh pada hari
Sabtu.
Maksud :
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Sifat :
Seorang yang pendiam. Mempunyai banyak perkara baik pada diri anda dan kadangkala berubah menjadi kurang baik. Anda seorang yang banyak berfikir. Disebabkan sifat ini, satu hari nanti anda akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupan. Tetapi, disebabkan banyak berfikir, kadang kala anda menjadi keliru. Anda seharunya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
---------------------------------------------------------------------------------

Bila dilihat balik memang ada betul pun apa yg tercatat. Aku lebih banyak berfikir perkara yang tak sepatutnya aku fikir. Mungkin sebab tu kot selalu sangat kena migrain. Errkss! Tapi, kalau tak berfikir.. camna pulak aku nak selesaikan masalah. Masalah yang kian meruncing. Apa yang pasti aku bukan berfikir tentang masalah peribadi aku sendiri. Tentang masalah orang lain yang bermasalah. Susah tu. Bila asyik sangat fikirkan orang lain, aku menjadi kurang baik. Perangai aku masa tu pun akan jadi kurang baik. Bila perangai dah kurang baik, aku perlukan masa untuk menjadi baik kembali.
Ayooo.. amende la yang aku merepek nih. Haih.
Yang pasti sekarang ni aku kurang baik.
Ayooo.. amende la yang aku merepek nih. Haih.
Yang pasti sekarang ni aku kurang baik.
April 12, 2009
kopi 10 cawan please!
sesungguhnya adrenalin dalam badan aku makin berkurangan. badan aku dah terasa macam nak meliuk lentuk ibarat mat pit dapat barang. huh. letih. apa yang penting sekarang ni aku perlukan rehat yang memang serehat-rehatnya. i need fresh air. aku perlukan kedamaian. aku perlukan ketenangan. aku perlukan laut!
apa yang pasti kini aku perlukan ini.

ngantuk seh!
tak pernah aku rasa mengantuk yang sebegitu dasyat sekarang ni. kalau dulu aku masih lagi boleh bertahan. cuma akan mengantuk bila dah masuk waktu beradu. arrrggghh! kenapa nih? kenapa mengantuk lagi?

April 8, 2009
tanpa tangga kejayaan tidak dapat diusahakan
Baru nak update blog. Buat masa sekarang ni office dilimpahi dengan helaian-helaian putih yang entah bila akan berkurangan. Final exam la tuh. Musim kesibukan bermula kembali. Dengan adanya beberapa arahan yang belum pernah diarah sebelum ini maka bertambah lagi kesibukan di tingkat 5. haih.
Oh! Kebetulan sekarang ni tengah berlangsung acara sukan kakitangan di IIUM. Kesimpulanya satu hari suntuk akan berada di dalam kawasan larangan. huhu. Bermula dari 30 March - 11 May 2009. Satu bulan tuh. Anyway, antara acara yang dipertandingkan adalah:
-telematch
-mini marathon
-netball
-petanque
-carrom
-lawn bowl
-tenpin bowling
-volleyball
-table tennis
-dart
-tennis
-badminton
-kayak
(maaf. saya kurang pandai untuk menterjemah makna permainan tersebut ke bahasa melayu. sila rujuk kamus dewan bahasa)
Semua permainan ni hanya dianjurkan oleh kampus kuantan jek. manusia-manusia di kampus gombak tak boleh kacau langsung. faham. kalau nak kacau jugak kasi tukar itu tempat kerja. haih. Gabungan antara fakulti dan department yg yang lain agak memberansangkan. ok, pendek cerita opis aku bergabung dengan library. maka terciptalah nama 'LIBASH'. mmm.. agak mempesonakan nama tu. oleh kerana terpesona dengan nama tersebut pasukan LIBAHS telah me'libas' pasukan lain dengan pungutan 3 emas. lagi memberansangkan. oh. terharunya.
note: aku tunggu dan terus menunggu orang dalam bilik gelap untuk mencuci gambar.

Subscribe to:
Posts (Atom)