December 30, 2010

2.0.1.1.

Dengan tak disangka PM isytihar cuti umum sebab pasukan bola sepak Malaysia jadi juara untuk Piala Suzuki. Eh, Suzuki? Brand yang buat kereta tu taja piala ke?

Demikian jugak dalam masa tak sampai 48 jam kita akan berhijrah ke tahun baru. Seperti biasa aku tak nak lagi buat apa-apa azam tiap kali menjelma tahun baru. Bukan dapat capai pun. Dan rumah bernilai juta-juta ringgit masih lagi dalam angan-angan.
Kesian kan?

Banyak perkara suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2010 ni. Serba sedikit mengenai suka-duka 2010:


1. April - Abang aku yang awek-keliling-pinggang-payah-sangat-nak-kahwin akhirnya bernikah dengan pilihan hati satu tempat kerja.

2. Julai - Aku dengan penuh gumbira dan berani membawa diri ke Shanghai, China seorang diri selama 5 hari. Tapi sampai sana tinggal satu bilik dengan member. Perempuan.
Akhir Julai aku kehilangan insan tersayang iaitu ayah aku disebabkan pendarahan dalam otak. Memang betul-betul rasa kehilangan.

3. Ogos - Bulan puasa yang banyak menduga keimanan dan tahap kesabaran diri.
Ada sesuatu yang langgar lampu belakang kereta tanpa disedari. Aku sumpah 10 keturunan orang yang langgar tu hidup merempat. Agak zalim tu.

4. September - Menyambut Aidilfitri penuh rasa sunyi dan suram. Tak best langsung. Nak jalan-jalan pun kena pikir 10 kali. Haih.
18 September - My birthday. Seperti 28 tahun yang lepas, tarikh lahir jatuh pada hari Sabtu. Rasa macam baru dilahirkan saja. Ngeeeee. Dah besar, dah tak ada lagi sambutan dan kek bukan coklat. Haih.

5. Oktober - Prestasi kerja kurang memuaskan sampai kena amik tindakan 'diperhatikan'. Semua ini gara-gara desakan doktor untuk buat check-up berkenaan 'slip disc' suspected, sakit kepala, sakit lutut akibat bowling serta kemurungan melampau.

6. November - Buat pertama kali aku berani 'sound' ahli keluarga yang liat sikit nak balik kampung untuk menyambut AidilAdha dalam laman Facebook. Dah ada kereta mahal-mahal pun tak nak balik lagi ke? Huh!

7. Disember - Perancangan untuk mengembara ke negara jiran telah ditunda. Hati yang berbunga kuncup kembali. Tak apa, tahun depan segala cuti untuk riadah akan di selenggara dengan sempurna. Jangan tiba-tiba 'instant decide' nak kahwin tahun depan sudah. Duit tabung belum cukup lagi nih. Rumah kampung belum cat baru.

Kahwin? Apa tu?

Banyak lagi perkara selain di atas berlaku dalam hidup aku. Akan tetapi biarlah hanya Allah, aku dan keluarga sahaja yang tahu. Yang pasti aku semakin bersemangat dengan hidup baru dan semakin ber'usia'. Dah kira stabil dah nih. Cuma rumah sendiri je belum dapat lagi. Dah la harga rumah semakin naik sekarang nih.


Permohonan untuk menjadi skandal dibuka tahun depan. Shortlisted saja akan diambil kira. Hahaha.

December 22, 2010

"Jaga baik sikit eh..!!"

Aku terbaca satu status sahabat maya dalam Facebook yang dia hangin dengan satu couple tak reti bahasa. Lepas tu dengan tiba-tiba terimbas balik alkisah kejadian di Tesco Melaka bila aku tergerak hati nak potong rambut. Salah seorang anak buah aku suggest pergi ke A Cut Above kat Tesco tu. Aku pun bawak la rombongan pergi sana.

Sampai dengan riang hati dan gumbira sebab dah lama tak potong rambut yang dah macam nenek kebayan. Terbayang-bayang dah design gempak ala-ala aktress Hollywood. A Cut Above ni jenis bayar dulu baru gunting. Guna kiosk pulak tu. Ala, yang macam kiosk beli top up tu.

Oleh kerana nak tengok dulu hasil, aku suruh anak buah gunting rambut dulu. Then bila masuk je ada seorang mak buyung dan anak perempuan umur lebih kurang 3 atau 4 tahun la. Si mak buyung ni pun aku tengok macam awal 20-an je lagi. Muka fresh sangat. Kawin awal kot. Aku ingatkan nak duduk la kat sofa yang ada tu. Dah dia seorang je yang conquer takkan la aku nak menyelit jugak. Anak buah aku yang lagi seorang tu nak duduk bersila ke? Jadi nak tak nak, aku dan si anak buah lagi seorang tu berdiri. Sambil tengok rambut anak sedara yang lelaki ni dikerat rambutnya segenggam demi segenggam, aku ternampak la design potongan rambut perempuan dalam sekeping kad A4 yang dah di laminate atas sofa. Aku rasa ada la dalam 2 kaki jarak kad tu dengan tempat dia duduk. Aku tanpa segan silu ambil la kad tu tanpa berkata apa-apa. Tengah belek-belek kad tu dengan anak sedara yang perempuan, aku rasa macam ada sepasang mata yang dok memandang.
Kerling sekejap je kat mak buyung ni. Lepas tu dia tenung aku dah macam nak keluar bola mata dia tu.

Aku pandang balik kad. Jeling kat dia sekejap. Eh, tenung lagi.
Lepas tu aku dengar ada dengusan "Eii.. marah betul aku macam ni.."
Aku pun buat la dengar tak dengar je. Then anak sedara tegur, "Asu, apa hal pompuan tu dok pandang-pandang Asu...?"

Mendengus lagi.
"Kalau muka tu cantik takpe lah. Ni dah la tak cantik, tak ada manners langsung.."

Aku diam je. Anak sedara cakap bisik.
"Asu, dia ni macam marah kat Asu jek"
"Lantak la Along, dah gila la tu." Sambil aku pandang tempat lain dan senyum sinis.

"Huh! Memang marah dah aku nih..!" kata mak buyung tu lagi dengan nada yang perlahan. Dia ingat aku pekak agaknya. Lepas tu, datang la adik dia dari kerusi gunting merapati diri mak buyung ni. Rupanya dia ni tunggu turn nak gunting rambut. Dia datang bersama-sama adiknya yang pengkid dan sorang kanak-kanak perempuan. Besar kemungkinan itu adalah anak sulung.

Bila tiba turn dia untuk duduk di kerusi gunting, bangun dan berjalan di depan mata aku. Aku bukan jenis nak pandang orang tak tentu hala. Bila aku betul-betul marah baru lah aku pandang tepat dalam mata dia. Itu baru pandang mata je. Belum lagi aku sepak terajang orang yang aku marah tu. Gangster la katakan. Huh!
Ok. Berbalik kepada cerita asal. Masa mak buyung ni berjalan sempat lagi dia dengus depan aku.
"Hurgh! Jaga baik sikit eh!" sambil mulut pot pet lagi. "Memang tak ada manners langsung. Dah la tak cantik. Cuba la cakap excuse me tadi.. bla bla bla.."

"Amoi, u mau cut rambut u macam mana?"
"Err..err.. i nak potong rambut pendek sikit, then i nak ada volume sikit rambut i.."

Tapi aku tengok apek tu tak ada la pulak buat volume kat rambut dia tuh. Setakat potong dua tiga helai je la kot. Settle.
Selesai anak sedara yang lelaki gunting rambut, aku pun ajak dia blah dari situ. Tak mungkin aku duduk sebelah perempuan yang tengah mengandung tapi tak boleh control kemarahan. Sensetif sangat. Bak kata anak sedara aku,
"Dah kena sawan babi tu. Dia pun bukannya cantik. Buruk jugak. Dah la ada taik lalat besar gedabak kat hidung dia."

Gila.

Maka saya ingatkan di sini kepada ibu-ibu mengandung jangan ikutkan sangat emosi anda. Confirm akan memudaratkan kesihatan anak anda. Silap haribulan jadi budak tak normal. Jadi fikir-fikirkan lah.

Aku tenangkan hati dengan beli sepasang baju kurung yang berharga RM150.
Dah senyum balik.


Dan baju itulah 'Kecik' buat alas dia beranak. Huh!

November 29, 2010

Just counting days to 2011

Tak lama dah. Pejam celik pejam celik tau-tau dah tahun baru jek. Masa semakin pantas berlalu.



Dari zaman sekolah rendah lagi dah minat lagu ni. Masa tu memang sepatah haram aku tak hafal dan tak faham langsung senikata dia. Cuma minat tang melodi jek. Bila dah naik sekolah menengah baru lah aku reti. Kalau masuk 'Jangan Lupa Lirik' confirm aku kunci lah. Haha

Bila hayati balik lagu ni berkait rapat dengan keperluan hidup manusia untuk mempunyai teman. Tak kisahlah teman biasa atau teman rapat @ kekasih. Aku juga tergolong dalam kelompok manusia yang perlukan teman. Cuma teman yang betul-betul mempunyai kredibiliti seorang teman atau sahabat memang susah nak cari. Kalau ada pun satu dalam sejuta. Kawan yang suka tikam dari belakang jangan cakap lah. Memang berlambak kat dunia nih. Jenis yang macam tu confirm kena tendang keluar dari status 'kawan baik'. Maka jangan harap bila dah buat 'taik', boleh jadi bestfriend aku. Namun aku pun mengaku pernah jugak bergaduh dengan kawan baik. Tak semena-mena aku lempang kawan aku tuh. Haha. Itu kisah 19 tahun lalu. Lama tu. Sekarang ni masing-masing bawa haluan sendiri. Dia dah dapat 'dream job' dan aku masih belum dapat 'dream job' aku. Pathetic. Satu je persamaan antara kami. We are both single and still looking for Mr. Right!! Haha.

Dapat berita baru pasal moving to the new building. Perpindahan kami ke bangunan baru telah ditunda ke tempoh yang masih belum dikenalpasti. Adeh. Dan yang paling menyedihkan, besar kemungkinan exam akan di jalankan kat tempat baru manakala pejabat masih lagi di bangunan lama. Oh! Tidak!! Gila penat nanti. Kena ulang-alik dari office ke exam venue. Nak buat macamana. Arahan pihak atasan. Kena patuh. Huhu.

Mmm.. kalau kena ulang-alik bawa kereta ke bangunan baru tu.. Nak claim minyak ke tak?
Duit tuh.

November 6, 2010

Sibuk je lah..!

Minggu yang paling menyibukkan dah kembali. Final exam! Memang tak menang tangan di buatnya. Kepada mereka yang secara tak langsung bertugas di jabatan ni, harap maklum lah ye. Dari dulu sampai sekarang memang macam ni. Juga secara tak langsung, macam-macam perangai yang tak pernah terlihat dek mata kasar akan terbit di waktu begini.. Haih.

2/3 minggu lepas melawat bangunan fakulti baru. Masih lagi dalam proses pendawaian. Setelah beberapa tahun menumpang di bangunan fakulti lain, akhirnya warga Kulliyyah of Allied Health Sciences (Sains Kesihatan Bersekutu) akan berhijrah ke bangunan yang lebih selesa. Dan kami dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, kami akan berhijrah (semua sekali termasuk barang fakulti) pada awal tahun depan. Haih. Tak sempat nak rehatkan diri. Habis minggu exam terus sibuk nak packing barang.

Nak dijadikan cerita, seminggu lepas aku dengan 'ter'sengaja marahkan seorang student dengan suara ala-ala hi-pitching sopranos. Memang hangin satu badan masa tu. Dah lah keadaan kelam-kabut, sibuk, ada lagi student yang datang pada waktu genting ni nak mengadu masalah dia pasal pendaftaran subjek. Oh tidak. Memang hilang kesopanan sungguh pada hari itu. Pada masa student tu tengah di tunjuk ajar oleh salah seorang pekerja yang 'sangat baik hati', aku muncul,

"Awak tahu kan sekarang ni dah waktu exam! Kenapa sebelum ni tak nak jumpa sayaaaa!!!!"
"Benda macam ni lah yang memang menyakitkan hati sayaa!!"

Habis semua yang ada dalam pejabat tu terus diam. Tak berani nak menyampuk. Naga sakti dah keluarkan api. Haha.

Aku masuk balik ke bilik kebal.

'Ter'sengih macam kerang busuk sorang-sorang.
Geli hati!

October 27, 2010

Jiran Sebelah

Semalam dengan rajin membasuh kain (menggunakan washing machine) sebanyak dua trip. Bila tiba untuk menyidai, salah seorang daripada penghuni rumah sebelah keluar untuk membasuh baju. Oleh kerana beliau ini tidak pernah memperlihatkan wajahnya di kalangan penghuni taman, maka aku cuba untuk berkomunikasi dengan beliau.

Ish. Tak pandang aku pun. Aku nak tegur kau ni.

Beliau masuk rumah. Tap.
Pintu dalam dikunci.

Keluar balik. Letak pencuci dalam mesin basuh. Masuk balik.

Keluar balik. Tekan button nak drain. Masuk balik.

Keluar balik. Tekan button spin. Masuk balik.

Keluar balik. Jenguk baju dalam mesin.

Pelik dengan keadaan tu, aku pun beranikan diri.

"Err.. Assalamualaikum. Saya rasa cover washing machine ni korang yang punya. Haritu angin tiup masuk dalam kawasan rumah saya."

"Mmmm.." Sambil letak cover machine kat lantai.


Aku dengan dahi berkerut masuk rumah. Tap. Kunci pintu grill. Kunci pintu dalam.





Oh. Bisu.

September 19, 2010

Kesunyian

Betul-betul terasa sunyi.

Dalam tempoh tak sampai 2 tahun, aku dah bergelar yatim piatu. Dan aku yang paling rapat dengan mereka. Akulah pendengar paling setia bila mereka luahkan keluh kesah tentang kehidupan. Aku menjadi anak kampung yang biasa dengan kehidupan kampung berbanding adik beradik yang lain. Bergaul dengan masyarakat kampung, gotong-royong, kenduri-kendara. Aku juga yang lebih mengenali perihal masyarakat kampung. Semua itu disebabkan aku lebih mengikut cara arwah mak. Walaupun kadang kala aku terikut-ikut cara hidup bandar, tetapi naluri aku lebih kepada cara desa.


Susah sangat nak dapat apam daun rambai ni. Bila balik kampung baru la jumpa. Salah satu signature kuih-muih Negeri Sembilan.

Terus terang aku katakan. Hati dan minda lebih tenang bila berada di kampung halaman. Cuti raya kali ni aku lebihkan kerana terlalu rindu untuk tinggal dalam suasana kampung. Aku tak mahu melebihkan hal luaran berbanding asal-usul aku. Aku anak kampung. Dan aku amat terkilan kerana Aidilfitri kali ini aku tak dapat ulangi kemeriahan seperti 2 tahun lepas dan sebelumnya.

Kebelakangan ni fikiran aku terlalu sesak. Terlalu bercelaru. Selalu tertekan. Terlalu murung. Kerana itu semua, perihal di pejabat menjadi kalut. Aku hilang arah. Aku tak dapat tumpukan perhatian. Biarpun aku nampak tenang di luaran, namun naluri semakin tertekan.

Maaflah.

Kamu semua masih lagi ada mak dan ayah. Belum lagi merasa kehilangan. Belum lagi merasa kosong dalam hidup. Belum lagi rasa perit jerih menjalani kehidupan sendiri tanpa ibubapa sebagai tempat mengadu. Dan paling ketara, mungkin tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Tatkala mereka semua melontarkan setiap kesalahan bertubi-tubi terhadap aku, aku berterusan mendiamkan diri.
Pernah kamu semua fikirkan ada masanya kamu memerlukan bantuan aku? Mengharapkan aku di saat kamu dirundung kesulitan. Mengharapkan pendapat aku untuk setiap perkara dalam kehidupan.
Sedikit pun aku tak pernah terlintas untuk mengaibkan diri kamu semua walaupun aku tahu kebenaran tentang setiap gerak-geri kamu semua.
Dan ini balasan terhadap aku? Walaupun hanya secebis kesilapan yang aku lakukan, tetapi nyata kamu semua lebih lantang membesar-besarkan kesilapan itu.
Aku malu. Sebagai manusia yang bertiangkan agama Islam. Mereka jadi lain.

Di kampung, aku lebih tenang. Melihat kehijauan di sekeliling alam. Suasana desa yang tak ditelan zaman. Mendengar kicauan burung di siang hari dan panggilan cengkerik bila malam menjelma. Sungguh tenang. Walaupun adik beradik agak terkejut bila mendengar aku bersendirian di kampung. Sungguh, aku tak rasa sunyi. Bertemankan Kecik, kucing kesayangan dan juga anak-anaknya. Ini rumahku. Ini kampungku. Inilah kenanganku. Inilah hidup dan matiku. Dan aku juga dapat rasakan kehadiran mak, abah, along, uda, dan juga Atuk. Memerhatikan aku dari jauh. Cuma aku kesunyian tanpa mereka. Kemeriahan di kampung semakin hilang. Aku berjanji, tidak akan ada sesiapa yang dapat meruntuhkan kenangan ini. Ini peninggalan kedua ibu dan bapaku.

Tak ada sedikit keceriaan bila membincangkan kerja. Aku rimas dengan keadaan sekarang. Rimas dengan bebanan kerja. Rimas dengan perangai dan sikap sesetengah warga kerja. Aku tahu, itulah punca rezeki. Namun aku bosan bekerja dalam suasana yang tak harmoni. Setuju dengan pendapat pegawai atasan. Dalam sehari hanya berapa minit yang benar-benar kita melakukan kerja? Bermula 8 pagi sehingga 5 petang, berapa lama kita luangkan masa dengan melakukan perihal luar kerja? Agak terpukul juga dengan kenyataan tersebut. Sejauh mana keikhlasan kita dalam bekerja? Dengan keadaan yang sebegini, terus terang memang aku tak ikhlas.

Apa yang paling penting. Aku sentiasa rasa bahagia. Bahagia dengan kehidupan yang bertemankan kenangan arwah mak dan abah.

Oh ya. On the way balik Kuantan, sempat lagi snap gambar pelangi petang. Indahnya ciptaan Tuhan.


Ermm.. masa nak masuk hentian Maran rasanya ni.

September 1, 2010

Pabila kecik menjadi besar dan beranak ramai

Syukur Alhamdulillah. Allah gantikan kesedihan atas kehilangan ayahanda yang telah kembali ke Rahmatullah dengan keceriaan apabila kucing kesayangan melahirkan anak-anak yang comel belaka.



Satu keajaiban bila Kecik (beri nama tu sebab jumpa dulu kecik sangat) melahirkan seramai 7 ekor anak kucing. Inilah yang dinamakan Allah itu Maha Pengasih. Dalam kesedihan dengan dugaan yang bertimpa-timpa, Allah kurniakan kegembiraan.
Macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Sekelip mata. Alkisahnya Kecik bergesel-gesel di kaki aku pada 3 Ramadhan lepas. Waktu kami serumah nak berbuka puasa. Mungkin nak beritahu dah sakit nak beranak kot. Tapi aku manusia. Tidak dapat memahami bahasa mereka.

Selesai solat Maghrib, aku ke dapur mengemas sisa makanan selepas berbuka. Masuk je dalam bilik, Kecik pun senyap. Sayup -sayup suara Kecik jawab panggilan aku. Cari punya lah cari rupa-rupanya dah selamat lahirkan anak yang pertama. Atas baju kurung yang aku baru beli pulak tu! Baju tu sekali dengan longgokan baju yang baru diangkat dari ampaian.

Kat situ rupanya kau nak beranak ye.

Semalaman aku tidur kat living hall. Sebab tak nak ganggu Kecik selesai melahirkan anak. Pagi keesokan aku jenguk dalam bilik. Ya Rabbi, ingatkan 4 ekor je. 7 rupanya. Separa pengsan aku.

Apapun, aku akan jaga semua anak-anak kucing tu. Kalau ada orang teringin nak adopt anak kucing aku, harap maaf. Aku tak rela. Sebab itu adalah rezeki.
Sekarang ni tengah pening nak fikirkan nama comel 7 beradik tu.

July 19, 2010

Lagi sekali...

Hari ini, Isnin, jam 2.10 pagi aku sampai ke rumah sewa di Kuantan setelah bercuti di kampung halaman. Kali ini dikejutkan oleh keadaan rumah bila aku sampai. Yang pertama, pintu pagar dibiarkan terbuka, tak berkunci, tak bermangga.. Kunci mangga ada kat pintu grill. Yang kedua, bila aku sampai, ada satu kereta ni conquer parking dan tak muat untuk aku menyelit. So, aku parking betul-betul depan pagar rumah. Yang ketiga, ada lagi satu kereta yang suka suki dia parking depan pagar rumah. Itu boleh dimaafkan lagi. Cuma dah amik zon selesa untuk aku reverse kereta bila nak parking dalam porch.
So, persoalannya.. Aku dah mati ke yang buatkan mereka ini dengan senang lenang buat hal ni? Kalau siang hari tak kisah sangatlah tapi ini dah malam ok. MALAM! Dan lagi TENGAH MALAM! Buatnya berlaku lah perkara yang tak kita inginkan.. Oh! Mintak simpang.. Nak salahkan siapa? Aku ke?
Kalaulah benda ni aku jugak yang dipersalahkan, meh sini aku bagi penampar tahap super sayya..!

July 13, 2010

Hot Journey



Alhamdulillah, berkat buat simpanan sikit-sikit selama bergaji besar ni, (hahaha.. perasan je lebey) aku dapat jejakkan kaki ke negara asing. Tak lah jauh sangat. Kat China jek. Antara keinginan untuk bercuti dan jugak ajakan kawan aku yang kebetulan tengah buat attachment kat sana. Plan tu dah lama aku buat tapi ada jek halangan untuk aku teruskan bercuti. Tangguh, tangguh dan terus tangguh. Aku kena bertegas. No more tolerate. Mana boleh jadik. Sedap-sedap je diorang lepas beban tugas kat aku. Dan aku secara tak sengaja lepaskan beban tu. Sorry yek, inilah masa nak tengok sama ada kerja yang bertangguh tu jalan ke tidak walaupun aku tak ada.

Berbalik kepada trip aku Kuala Lumpur-Shanghai-Wuxi-Nanjing-Wuxi-Shanghai-Kuala Lumpur. Agak tak berapa best la sebab bila jejak je kaki kat sana, musim panas dah start. Memang nak pengsan rasa. Sampai kat Pudong Shanghai Airport, suasana yang penuh dengan bangunan je. Macam tak ada langsung rimbunan pepohon yang boleh buat mata redup. Ni tidak, mata kuyu sebab terik mentari.

Adess.

Tak ada beza waktu di Shanghai dan Kuala Lumpur. Flight jam 1.40 pagi dan mendarat di Shanghai jam 6.45 pagi. Itupun matahari dah meninggi dalam 40% di ufuk timur. Macam 8 pagi kat Kuala Lumpur la.

Sensorang di Shanghai. Aku ikut arahan yang kawan aku beri nak ke Wuxi. Jalan kaki sambil tarik beg dalam 15 minit ke Perhentian Bas antarabandar. Masih lagi dalam kawasan airport. Sebelum tu, aku dah beli simcard China. "CHN-CMCC". 150 yuan. RM75 gak la. Simcard kat Malaysia pun seploh ringgit jek. Ces. Foreigner kot. Tu yang mahal. Nasib baik la ada jugak mat cina yang reti English. Kalau tidak, satu patah haram pun aku tak dapat tangkap. Walaupun pernah jugak belajar Mandarin, tapi itu setakat nak dapatkan gred A+ jek. Bukannya nak practice dalam hidup seharian. Sekarang ni baru tau terlopong nak catch up balik tiap perkataan tu. Dah sampai bus stop tu kena pulak tunggu kaunter bukak jam 8.30 pagi. So, aku pun join la mat cina yang satu flight dengan aku. Dia pun entah ke mana aku tak tanya pulak. Sebab letih, mengantuk, lapar, nak beli makanan yang bukan2 nanti, termakan yang haram pulak. Haih. Bila kaunter bukak je, aku la the first person yang menghadap tingkap kaunter sambil member sekejap tu tolong jadi translator. Hah! Hamik kau. Tiket pukul 10.10 pagi. Nak kena lepak lagi tunggu bas ke Wuxi.



Tepat 10 pagi bas ke Wuxi sampai. Pakcik bas tu jerit la "Wuxi..Wuxi..". Sebelum naik bas, kena scan dulu beg yang nak bawak naik bas. Yang besar2 tak payah. Maybe for safety dalam bas kot. Mana tau tetiba pulak ada orang mengamok atas bas. Ish! Nauzubillah. Aku SMS Zana, kata dah naik bas ke Wuxi. Nanti dia tunggu kat Wuxi Bus Station. Dalam perjalanan, aku tengok bandar Shanghai yang panas dan sibuk. Dapat seat depan sekali jadi aku dapat pemandangan penuh sepanjang perjalanan tu. Apek sebelah aku tegur,

"Are you from Malaysia?"

Aku pun jawab. "Yes. How do you know I'm from Malaysia?"
"I saw you at the immigration counter. We were in the same flight."

"Oh, really? So, going back to your hometown? Are you working in Malaysia?"

"Yes. I work in Klang."


Haha. Memula tu aku ingatkan dia sebut 'kilang'. Bila aku dengar 'Silengur', baru la aku tau dia maksudkan Klang. Oooo.. satu flight ke? Memang aku tak perasan kau. Almaklum kat tempat orang. Bukan nak pandang kiri kanan pun. (Berlagak siot) Setakat senyum je dah. Kalau aku nak tanya apa-apa baru aku ramahkan mulut. Haha.

Satu kejutan bila sampai Wuxi. Dalam otak aku dah imagine yang Wuxi ni macam kampung-kampung hijau je. Pokok sana sini. Rupanya bandar simen jugak. Kalau dikira keluasan Wuxi ni macam lebih besar daripada KL. Punya la sesak dengan manusia kat bandar ni. Yang buruh kasar tengok selamba jek angkat guni besar kat bahu. Yang makcik-makcik pulak jaga kedai. Amoi-amoi kat sini melaram je. Ada jugak macam berkarier. Pakai ala-ala korporat. Tapi jalan kaki. Dan lalulintas, jangan cakap la. Klang Valley pun kalah. Haha. Aku pun menapak dan lepak depan sebuah hotel yang kebetulan bersebelahan hentian bas. Sementara nak tunggu Zana sampai untuk bawak aku ke Jiangnan University.

"Ni you chu nali?"
"Err..err.. wo you chu Jiangnan Daxue.."
"Jiangnan Daxue.... bla bla bla.."

Aku pun tak paham apa yang dia bebelkan. Aku rasa dia nak tolong hantar aku ke Univ. tu. Haha. Dengan troli beg dua roda tu. Dah start cuak dah. Kang tetiba pulak dia dok usik-usik aku tak ke naya nanti. Manusia yang lalu lalang tu dok perati aku atas bawah. Ada tu tengah jalan tapi kepala sampai terteleng-teleng tengok aku. Haha. Alahai. Jakun gila.

Sekali tu aku nampak kelibat Zana lambai-lambai tangan kat aku. Syukur. Sampai jugak kau. Sebelum bertolak ke Univ., Zana bawak aku makan kat KFC. Makan burger udang dengan Pepsi je la. Nak makan ayam, tak boleh. Tetiba pulak ada Tat Telur kat KFC tu. Dasyat..Dasyat..

Another 1 hour to reach Jiangnan University. Kebetulan hostel Zana memang dekat dengan 2nd entrance. Sampai je kat bilik dia, aku pun balun membuta. Penat. Bilik Zana ada air-cond. Kipas pun ada. TV. Indoor toilet skali shower. Katil pun 1 kaki je lagi nak jadi Queen bed. Free internet connection. Best gila bilik untuk budak-budak Foreigner yang buat PhD nih.
Esoknya Zana and her friends plan nak ke Nanjing. One last time to get together before Zana balik Malaysia. Aku pun tumpang sekaki. Hehe. We took CRH, which is the second fasttrain in China. One way ticket is 85 yuan.



Sebelum balik Wuxi, cikgu kepada Andrew (one of Zana's friends) belanja makan kat restoran Steamboat. Oleh kerana adanya kami yang Muslim ni maka ada dua set steamboat. Satu set tu hanya sayuran je (untuk kami) dan satu lagi ada daging termasukla daging cik B tu.. Huhu.

Universiti Jiangnan ni agak moden la. Kalau musim sejuk mesti lagi cantik. Salji kat mana-mana je. Ish, rugi tersilap tarikh. Malam tu kitaorang keluar jalan kaki ke deretan kedai luar kawasan Univ. Pekena mee-tarik-daging dengan ayam panggang. Kedai halal ye. Memang marvelous. Kalau makan tu tiap-tiap hari pun aku tak kisah. Haha.



Sehari sebelum aku balik Malaysia, we went to downtown of Wuxi. Konon nak cari la souvenirs untuk mereka yang tau aku pegi China. Konon. Yang aku jumpa kedai makan. Nak merayau satu bandar tu tak cukup satu hari. Paling tidak pun seminggu.

Aku gerak dari kampus jam 7 pagi. Zana temankan sampai stesen bas Wuxi. Ingatkan pagi-pagi lagi tak ramai la orang. Sangkaan meleset sungguh! Punyalah ramai manusia yang nak naik bas. Dengan guni-guni barang la. Mesin rumput la. Barang-barang yang tak pernah la orang Malaysia buat bila naik bas. Haha. Sampai kat Pudong Shanghai Airport jam 12 tengahari. Sementara menunggu check-in flight, aku jalan2 sekitar airport mana tau kot2 ada kedai makan halal ke. Then ternampak satu kedai makan letak banner bertulis "Nasi Goreng Malaysia". Fuyyoo.. Sampai ke Shanghai nasi goreng tu. Aku tanya orang dekat kaunter. Tanya apa bahan dalam nasi goreng tu. Dia pulak pi masuk dalam tanya chef. So far dia hanya gunakan cili, sos tiram dan telur. Confident dengan bahan, aku pun order la dengan orange juice. Jadi la. Nak alas perut sebelum naik kapal terbang. Memang rasa nasi goreng. Nasi Goreng Malaysia kan.


Lepas ni plan nak pergi Beijing pulak. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kalau ada peluang, rebut. Jangan biar macam tu jek. Hehehe..



Mood cuti-cuti panjang telah kembali. Yeay!

May 13, 2010

Haih!

Haih. Bengang betul dengan manusia yang berperangai lahanat. Sedar la diri tu sikit. Dah la berhutang, ada hati rembat barang orang lain lagi. Kalau nak ikut suka hati nak rembat-merembat ni pastikan dulu tak ada hutang dengan orang tu. Buatnya tak berkat atau lebih senang cakap orang tu haramkan apa yang dicilok.. Tak ke susahkan hidup kau nanti. Nak bercakap @ buat benda-benda macam ni biar berpada. Jangan nanti kat akhirat kau junjung hutang carik pemiutang sudah!!
Di ikutkan amarah dah lama aku 'smash' balik. Cuma kesian sebab nanti mengekek-ngekek nangis keluar hingus pulak. Cuma aku simpan je rasa marah tu. Dari hal kecik sampai ke besar aku tak luahkan. Lama dah. Tapi kali ni aku dah tak boleh tolerate lagi. Dah memang jadi kebiasaan aku untuk simpan segala bukti yang boleh sabitkan aku tak bersalah. Kau boleh cakap aku yang bukan-bukan. Tapi kebenaran biar masa saja yang tentukan.

Aku dah naik jelak dengan hal-hal macam ni.

Tak habis-habis menyusahkan orang!

"Kenapa tak kahwin lagi?"

Someone asked me this question, "kenapa tak kahwin lagi?"

Tetttttt....

For me that is an unacceptable question as we can see here there are too many single aging women who still did not have excitement in getting married. Memang lah akan digelar 'andartu' atau pun 'andalusia' tapi bukan bermakna tak berkeinginan untuk berumahtangga. Ada. Hanya jodoh dan ketentuan Illahi saja menentukan.
Cuma ada masanya terfikir jugak apa kebaikan dan keburukan berumahtangga. Jika dulu kala orang tua mencari pasangan dan anak-anak kena turut kehendak ibu bapa. Walaupun tak pernah kenal dan bersua muka dengan pasangan namun kata mereka kata itulah cinta pandang pertama lepas sah jadi suami isteri. Bukan cinta pandang pertama atau lebih senang cakap 'cinta monyet' ok. Zaman dulu-dulu jarang dengar isteri curang, suami curang, layan skandal sana, skandal sini. Tetap bahagia sampai akhir hayat. Walaupun ada la pahit manis sepanjang tempoh perkahwinan tu tapi tolak ke tepi je. So do my arwah mother. She told me, if i get married i have to obey my husband. Be loyal to him. Yeah, that's true. Lepas kahwin, syurga di bawah tapak kaki suami. Tapi kalau suami tu buat perangai macam gampang, tak kan nak turut jugak kata-kata dia? Sampaikan nak abaikan keluarga sendiri dan lebihkan keluarga dia? Zaman sekarang dah lain. Wanita kini lebih berani bertindak. Dulu jadi pak turut je. Salah ke jika kaum perempuan ni bertindak atas dasar tak sanggup berdepan dengan kecelaruan hidup si suami?

Mungkin disebabkan itu para wanita sanggup tolak ke tepi soal kahwin. Lebih selesa hidup bujang. Tak ada rasa sangsi dengan pasangan. Aku? Soal jodoh aku hanya serahkan pada yang Esa. Biar Dia yang tentukan sama ada aku punyai peluang untuk mengecapi nikmat berumahtangga atau tidak. Sebenarnya aku masih trauma dengan apa yang terjadi. Perasaan untuk bertukar status tu ada. Tapi biar dulu. Hidup bujang puas-puas dulu. Bila sampai seru baru aku tukar status. haha.

Apa pun aku bukan bukan bersikap offensive pasal kahwin tau.

Kena masuk program realiti "Mencari Cinta" kalau macam ni.
Duh.

April 6, 2010

The Wedding..

Selamat Pengantin Baru buat Tarmezi Ahmad & Atika Masni Abd Malek


Tarmezi Ahmad is my brother. Ended his single life at the age of 40. Oh! This is what we call life begins at 40.
All this happened within 2 months. Itupun nasib baik la dia dah settlekan semua benda. Kami hanya menyiapkan perkara-perkara berkaitan sanding dan nikah. Lain-lain tu biar diaorang yang siapkan.
Ada jugak aku dengar desas-desus orang berkata aku tak tolong apa-apa tentang wedding abang aku nih. Biar aku terangkan disini, bila orang tak minta tolong maka aku tak akan terhegeh-hegeh berikan pertolongan. Aku akan buat hal aku sendiri. Lagipun ada lagi hal yang lebih penting perlu aku selesaikan.
Apa pun dah selesai majlis abang aku. Tinggal reception kat kampung je lah. Mulanya nak buat kenduri doa selamat saja. Tapi, masa kenduri tahlil bulan lepas my dad tiba-tiba nyatakan hajat dia nak panggil kompang sekali.. Ah! sudah.. Kalau ada kompang, takkan nak buat kenduri ala kadar jek. Paling koman pun pengantin mesti pakai baju lawa-lawa. Apa pulak orang cakap nanti.. Kenduri ada kompang, pengantin pakai serabai.

At his reception, i can't hold my tears to fall. Itupun masa nak menepung tawar pengantin. After seeing my dad cried, i tried to make him calm down. But in the end, everybody saw me crying. All this while, tak pernah nak tumpahkan airmata masa wedding sesiapapun. But at this time, it seems harder for me to see this happiness without my mom. Seriously, mom was not there. When i looked at my dad, i can tell he felt the emptiness too.

Ya Allah, kenapa Kau timbulkan perasaan sayu ini di kala kami menerima kebahagiaan.....

Sudah! Jangan sedih-sedih lagi.

Well.. like what i said before in my FB, sepupu-sepapat pakcik-makcik buka mulut bertanya tentang aku. And you know what i said..

"Emm.. Tak ready lagi la nak kahwin. Tak puas enjoy lagi jadi bujang!!"


February 13, 2010

I hate this kind of people

What makes me pissed off the most?

* pemalas
* pengotor
* jijik
* amik kesempatan atas orang lain
* berlagak pandai
* high class konon padahal makan kat warung jugak
* bengap atas perkara yang tak sepatutnya jadi bengap

Cukup marah dengan manusia yang berperangai macam nih. Tension. Kata orang kalau dah tinggal sebumbung kena la ada toleransi dan kerjasama. Hampeh! jangan kata kerjasama, toleransi pun tak nampak. Nak buat rumah tu macam hotel? Excuse me. Tak ada orang yang dibayar untuk housekeeping. Ini rumah. Segalanya kau kena fikir sendiri, buat sendiri. Tak malu ke kalau orang lain tengok rumah tu macam sarang tikus? Sedarlah diri tu. Jangan kau fikir orang lain tak bersuara, bermakna tak endahkan apa yang berlaku. Inilah ragam manusia yang menyusahkan kita semua.. Membuatkan kita sentiasa naik darah. Tak pasal-pasal muda lagi dah ada penyakit darah tinggi. Sebab apa? sebab manusia macam lahanat ni lah.

Kalau dulu aku masih boleh lagi bertolak ansur dengan mereka yang beperangai macam ni. Tapi bila dah ditegur pun masih lagi lakukan perkara yang sama, siapa yang boleh tahan? Aku bukan malaikat. Aku bukan alim ulama' yang sentiasa tersenyum dan sering mengungkap perkataan "sabar" di saat hatinya bagai nak sepak terajang je orang tu. Dah tau macam ni lagi nak buat-buat innocent. Kata tak buat apa-apa. Come on la. Bukan budak-budak lagi. Dah sepatutnya jadi mak orang. Merayau sana merayau sini lepas tu abaikan tanggungjawab.

Terus terang aku cakap. Aku dah naik jelak dengan keadaan sebegini. Hati aku sentiasa sakit bila berhadapan dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku. Kalau kau rasa tak selesa tinggal kat rumah tu dan susah nak lakukan benda-benda yang remeh ni, aku sarankan lebih baik kau cari rumah lain jek. Tak pun, kau beli rumah tinggal sorang-sorang lagi bagus. Tak payah orang lain sakit hati dengan perangai kau. Faham?? If it still happen even i've had them alert on this, i would say...

"GET THE HELL OUT OF MY LIFE!!!!"

p/s - basuh baju seminggu 5/6 kali guna washing machine. bila sewa naik mula la nak merungut. lempang laju-laju kang baru tau!

February 10, 2010

Once again

Why do i feel like this?? Why is it so happening? Sukar nak gambarkan apa yang aku rasa sekarang ni tapi itulah.. Aku sedang merasainya.. Fikiran bercelaru kembali lagi. Make me going crazy like hell.

Yet, once again the situation that i really hate to go through happened. Betul kata Ci, life is so unexpected. Semua dah dirancang dari awal tiba-tiba kena pulak ubah atas sebab sekian sekian sekian. Wtf. Geram betul. Selalu sangat jadi macam ni. Tak boleh la nak tengok orang senang lenang sikit. Fikir nak enjoy ke mana. Well, totally in shock.

My current elder brother (after the eldest passed away) told me that the other brother is getting married. Make it short it will happen in not so long time. Since im a very well planned person, this is ridiculous. Looking back to my time it is very pack memandangkan aku adalah staff yang bekerja melibatkan hal-hal berkaitan student. Got sms from my other brother saying the expected big day is on April. Damn. Early April still in the exam period. Mid is my private time hence i already bought the ticket. Mengarut la. Inilah benda yang paling aku tak suka. Buat kejutan without taking any advice from others.

Nak merungut, nanti ada yang kecik hati. Merajuk la. Apa la. Itu la. Ini la bla bla bla Frankly saying, after mom passed away, semua benda buat remeh temeh. Semua jadi kucar kacir. If she still alive, she would never wants this to be happened. Hello, this is not remeh temeh. We are talking about something really big. Something that needs everyone attention including me!
Thus, i really don't have any excitement after hearing this. Well, happy for him but i only have a slight happy feeling towards this.
Wonder, what's her effort towards ours? Thinking..thinking.. and thinking..