July 13, 2010

Hot Journey



Alhamdulillah, berkat buat simpanan sikit-sikit selama bergaji besar ni, (hahaha.. perasan je lebey) aku dapat jejakkan kaki ke negara asing. Tak lah jauh sangat. Kat China jek. Antara keinginan untuk bercuti dan jugak ajakan kawan aku yang kebetulan tengah buat attachment kat sana. Plan tu dah lama aku buat tapi ada jek halangan untuk aku teruskan bercuti. Tangguh, tangguh dan terus tangguh. Aku kena bertegas. No more tolerate. Mana boleh jadik. Sedap-sedap je diorang lepas beban tugas kat aku. Dan aku secara tak sengaja lepaskan beban tu. Sorry yek, inilah masa nak tengok sama ada kerja yang bertangguh tu jalan ke tidak walaupun aku tak ada.

Berbalik kepada trip aku Kuala Lumpur-Shanghai-Wuxi-Nanjing-Wuxi-Shanghai-Kuala Lumpur. Agak tak berapa best la sebab bila jejak je kaki kat sana, musim panas dah start. Memang nak pengsan rasa. Sampai kat Pudong Shanghai Airport, suasana yang penuh dengan bangunan je. Macam tak ada langsung rimbunan pepohon yang boleh buat mata redup. Ni tidak, mata kuyu sebab terik mentari.

Adess.

Tak ada beza waktu di Shanghai dan Kuala Lumpur. Flight jam 1.40 pagi dan mendarat di Shanghai jam 6.45 pagi. Itupun matahari dah meninggi dalam 40% di ufuk timur. Macam 8 pagi kat Kuala Lumpur la.

Sensorang di Shanghai. Aku ikut arahan yang kawan aku beri nak ke Wuxi. Jalan kaki sambil tarik beg dalam 15 minit ke Perhentian Bas antarabandar. Masih lagi dalam kawasan airport. Sebelum tu, aku dah beli simcard China. "CHN-CMCC". 150 yuan. RM75 gak la. Simcard kat Malaysia pun seploh ringgit jek. Ces. Foreigner kot. Tu yang mahal. Nasib baik la ada jugak mat cina yang reti English. Kalau tidak, satu patah haram pun aku tak dapat tangkap. Walaupun pernah jugak belajar Mandarin, tapi itu setakat nak dapatkan gred A+ jek. Bukannya nak practice dalam hidup seharian. Sekarang ni baru tau terlopong nak catch up balik tiap perkataan tu. Dah sampai bus stop tu kena pulak tunggu kaunter bukak jam 8.30 pagi. So, aku pun join la mat cina yang satu flight dengan aku. Dia pun entah ke mana aku tak tanya pulak. Sebab letih, mengantuk, lapar, nak beli makanan yang bukan2 nanti, termakan yang haram pulak. Haih. Bila kaunter bukak je, aku la the first person yang menghadap tingkap kaunter sambil member sekejap tu tolong jadi translator. Hah! Hamik kau. Tiket pukul 10.10 pagi. Nak kena lepak lagi tunggu bas ke Wuxi.



Tepat 10 pagi bas ke Wuxi sampai. Pakcik bas tu jerit la "Wuxi..Wuxi..". Sebelum naik bas, kena scan dulu beg yang nak bawak naik bas. Yang besar2 tak payah. Maybe for safety dalam bas kot. Mana tau tetiba pulak ada orang mengamok atas bas. Ish! Nauzubillah. Aku SMS Zana, kata dah naik bas ke Wuxi. Nanti dia tunggu kat Wuxi Bus Station. Dalam perjalanan, aku tengok bandar Shanghai yang panas dan sibuk. Dapat seat depan sekali jadi aku dapat pemandangan penuh sepanjang perjalanan tu. Apek sebelah aku tegur,

"Are you from Malaysia?"

Aku pun jawab. "Yes. How do you know I'm from Malaysia?"
"I saw you at the immigration counter. We were in the same flight."

"Oh, really? So, going back to your hometown? Are you working in Malaysia?"

"Yes. I work in Klang."


Haha. Memula tu aku ingatkan dia sebut 'kilang'. Bila aku dengar 'Silengur', baru la aku tau dia maksudkan Klang. Oooo.. satu flight ke? Memang aku tak perasan kau. Almaklum kat tempat orang. Bukan nak pandang kiri kanan pun. (Berlagak siot) Setakat senyum je dah. Kalau aku nak tanya apa-apa baru aku ramahkan mulut. Haha.

Satu kejutan bila sampai Wuxi. Dalam otak aku dah imagine yang Wuxi ni macam kampung-kampung hijau je. Pokok sana sini. Rupanya bandar simen jugak. Kalau dikira keluasan Wuxi ni macam lebih besar daripada KL. Punya la sesak dengan manusia kat bandar ni. Yang buruh kasar tengok selamba jek angkat guni besar kat bahu. Yang makcik-makcik pulak jaga kedai. Amoi-amoi kat sini melaram je. Ada jugak macam berkarier. Pakai ala-ala korporat. Tapi jalan kaki. Dan lalulintas, jangan cakap la. Klang Valley pun kalah. Haha. Aku pun menapak dan lepak depan sebuah hotel yang kebetulan bersebelahan hentian bas. Sementara nak tunggu Zana sampai untuk bawak aku ke Jiangnan University.

"Ni you chu nali?"
"Err..err.. wo you chu Jiangnan Daxue.."
"Jiangnan Daxue.... bla bla bla.."

Aku pun tak paham apa yang dia bebelkan. Aku rasa dia nak tolong hantar aku ke Univ. tu. Haha. Dengan troli beg dua roda tu. Dah start cuak dah. Kang tetiba pulak dia dok usik-usik aku tak ke naya nanti. Manusia yang lalu lalang tu dok perati aku atas bawah. Ada tu tengah jalan tapi kepala sampai terteleng-teleng tengok aku. Haha. Alahai. Jakun gila.

Sekali tu aku nampak kelibat Zana lambai-lambai tangan kat aku. Syukur. Sampai jugak kau. Sebelum bertolak ke Univ., Zana bawak aku makan kat KFC. Makan burger udang dengan Pepsi je la. Nak makan ayam, tak boleh. Tetiba pulak ada Tat Telur kat KFC tu. Dasyat..Dasyat..

Another 1 hour to reach Jiangnan University. Kebetulan hostel Zana memang dekat dengan 2nd entrance. Sampai je kat bilik dia, aku pun balun membuta. Penat. Bilik Zana ada air-cond. Kipas pun ada. TV. Indoor toilet skali shower. Katil pun 1 kaki je lagi nak jadi Queen bed. Free internet connection. Best gila bilik untuk budak-budak Foreigner yang buat PhD nih.
Esoknya Zana and her friends plan nak ke Nanjing. One last time to get together before Zana balik Malaysia. Aku pun tumpang sekaki. Hehe. We took CRH, which is the second fasttrain in China. One way ticket is 85 yuan.



Sebelum balik Wuxi, cikgu kepada Andrew (one of Zana's friends) belanja makan kat restoran Steamboat. Oleh kerana adanya kami yang Muslim ni maka ada dua set steamboat. Satu set tu hanya sayuran je (untuk kami) dan satu lagi ada daging termasukla daging cik B tu.. Huhu.

Universiti Jiangnan ni agak moden la. Kalau musim sejuk mesti lagi cantik. Salji kat mana-mana je. Ish, rugi tersilap tarikh. Malam tu kitaorang keluar jalan kaki ke deretan kedai luar kawasan Univ. Pekena mee-tarik-daging dengan ayam panggang. Kedai halal ye. Memang marvelous. Kalau makan tu tiap-tiap hari pun aku tak kisah. Haha.



Sehari sebelum aku balik Malaysia, we went to downtown of Wuxi. Konon nak cari la souvenirs untuk mereka yang tau aku pegi China. Konon. Yang aku jumpa kedai makan. Nak merayau satu bandar tu tak cukup satu hari. Paling tidak pun seminggu.

Aku gerak dari kampus jam 7 pagi. Zana temankan sampai stesen bas Wuxi. Ingatkan pagi-pagi lagi tak ramai la orang. Sangkaan meleset sungguh! Punyalah ramai manusia yang nak naik bas. Dengan guni-guni barang la. Mesin rumput la. Barang-barang yang tak pernah la orang Malaysia buat bila naik bas. Haha. Sampai kat Pudong Shanghai Airport jam 12 tengahari. Sementara menunggu check-in flight, aku jalan2 sekitar airport mana tau kot2 ada kedai makan halal ke. Then ternampak satu kedai makan letak banner bertulis "Nasi Goreng Malaysia". Fuyyoo.. Sampai ke Shanghai nasi goreng tu. Aku tanya orang dekat kaunter. Tanya apa bahan dalam nasi goreng tu. Dia pulak pi masuk dalam tanya chef. So far dia hanya gunakan cili, sos tiram dan telur. Confident dengan bahan, aku pun order la dengan orange juice. Jadi la. Nak alas perut sebelum naik kapal terbang. Memang rasa nasi goreng. Nasi Goreng Malaysia kan.


Lepas ni plan nak pergi Beijing pulak. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kalau ada peluang, rebut. Jangan biar macam tu jek. Hehehe..



Mood cuti-cuti panjang telah kembali. Yeay!

6 comments:

namzahs said...

takde pun bau2 sebinier..

atieza said...

hehee.. InsyaAllah Khamis pukul 10 malam yek..
Sebab dari mggu ke minggu nak bagi tapi ada je insan yang x termasuk dlm list.. hahahaha.. (kedekut sungguh!)

namzahs said...
This comment has been removed by the author.
namzahs said...

noi.. sapa jejaka lam gambar tu.. i cemburu tau..

atieza said...

sapa dlm gambar? oooo... hehehe..
ade la tu.. rahsieeee.. hahahaha

namzahs said...

arghhh!! tak puas hati ni.. huhuhu dah ler sebinier tak dapat.. huhuuhh