3 March 20094 & 5 March aku ada kursus
"Ergonomics and Backpain Protection". Best giler kursus camni. Kita dapat tahu cara-cara untuk mengatasi rasa sakit belakang yang selalu sangat serang orang2 yang keja office macam aku. Hehe..
Ada la jugak beberapa jenis senaman yang dapat mengurangkan kesakitan dan jugak bagi mereka yang tak ada masa nak pergi bersenam jauh2. Huhu. Buat kat office pun dah cukup. Guna tangan ngan kaki jek. Kan senang tuh. Dianjurkan oleh NIOSH, organized by IIUM OSHU. Ada la beberapa speaker yang memang best dan agak humor.

Kebetulan masa aku turun KL tu, one of my friends, Haniza selamat melahirkan baby girl kat Kelana Jaya Medical Centre. My abang pun ajak ler melawat diorang. Alang2 aku ada kat sana baik pegi melawat terus. Ala.. aku lupa la pulak nama penuh baby tuh. Tapi yang confirm pangkal nama "Damiya". Kalau tak diorang nak letak nama Dania
(ala2 citer Awan Dania) tp tak ada makna. Comel giler. Giler pun tak comel macam tuh. Iskh.. Geram!!
(gambar tidak disediakan sebab asyik sangat layan baby sampai lupa amik gambar.. hehe)__________________________________________________________________
6 March 2009Da selamat sampai kat umah kakak in Alor Gajah. Kebetulan anak buah aku yg study kat GMI pun balik. Macam aku jugak, kalo xder kelas jek terus cabut balik kampung. Last semester kat U dulu aku takde klas ari jumaat. So abis kelas ari khamis aku da packing barang cabut balik kampung. Coz takde tempat lain yang lebih selesa dan nyaman melainkan kampung halaman sendiri. Betul tak? Betullll.......
Malam tu pegi pekena ikan bakar kat Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyong. Best memang best. Tapi bagi aku kat Kuantan lagi best kot. Sebab ada banyak pilihan seafood.
(demand lak tu. jangan risau, bab makan aku ikut jek. komen tu untuk improvement jek. hehe)
kat sini diorang sediakan nasi lemak sbg ganti nasi putih.
cuma kureng sket la tang pencicah tu. guna kicap cili jek.
lala ni dibuat masak sambal. sedap.
on da way to Medan Ikan Bakar. Muka saya takde la. huhu.The day after (Sabtu) aku takde sebarang aktiviti nak buat. Masih lagi kat umah kakak, tak kemana-mana pun. Dok melepak tidur mandi makan dan tengok tv. Petang tu lagi boring coz kakak pegi meniaga pulak kat Tampin. Lagipun hujan lebat giler. Yang best boleh pulak aku pegi pasar malam kat Alor Gajah tengah2 ujan lebat tak henti-henti. Shopping la ape lagi yang aku tau.
_____________________________________________________________________
8 March 2009Bawak my dad balik kampung. Tengok2 umah tu kejap. Kemas dan bersihkan apa yang patut. Then boleh pulak sang tupai buat sarang dalam umah tu. Mentang2 ler xder orang. Ko bermaharajalela yek kat umah aku! Masa aku buang sarang tupai
(baru aku tau rupa-rupanya tupai pun ada buat sarang), ader la sekor anak tupai yang masih lagi terkedek-kedek nak belajar berlari.
(penah tengok ke tupai jalan lenggang-lenggok macam manusia?)Dan aku pun amik kesempatan tangkap anak tupai tu. Comel seh. Anak sedara aku siap mintak nak bela. Mulanya aku nak bagi jugak. Tapi oleh kerana memahami yang anak tupai itu masih lagi mempunyai ibu maka aku berat hati untuk membawanya pulang. Bawak je keluar, si ibu tupai dah terkekek-kekek panggil anak dia.



____________________________________________________________________
9 March 2009Pegi buat facial kat Masjid Tanah. Anak buah aku yg sorang tu ajak le pegi buat facial sebab katanya muka dah mula naik pimple dan berminyak. Dok berangan je mana tak naik jerawat!
Dah lama tak buat treatment muka, aku pun join la. Sambil2 tu boleh survey pakej kahwin. Sambil menyelam minum air oren kan.. hehe..
Petang tu pegi pulak tengok anak kakak aku yg bongsu kat SMT Bukit Piatu. Alkisahnye 3 anak kakak aku pernah belajar kat sekolah tu. Daripada si kakak sampai ler ke bongsu. Tapi yang no.2 sekejap je kat sana coz dapat offer MRSM Muadzam Shah.

muka anak-beranak yang suka control cun
muka anak buah & mak sedara yang tak suka control cun dan berlagak otaiThat night going back Kuantan. Hantar dulu my anak2 buah to GMI Bangi sebab ujan lebat tak boleh bawak motor. Then terus balik kuantan. Sampai umah about 2.3o am.. Ngantuk!
-The end-
Note:
travelling alone is much more easier than travelling with other people. we can do what we want without asking others' permission. but in order to save cost and budget i'll ask somebody/others to accompany me. lol. jangan salah anggap. kerajaan suggest kongsi kenderaan bila ke destinasi yang sama @ satu hala. patutla cik abang suka sangat outstation sorang-sorang. lepas tu bila hangin ngan orang lain mulala nak lepas geram kat aku pulak. ceh!