March 8, 2009

Banyak menda aku nak cerita nih!

Yo guys!
Dah lama aku tak update blog nih.
Ada peluang aku guna la broadband hak milik sesapa. Kot banyak lak citer kang, ada yang 'income tax' bulanan tak masuk akaun nanti. Keh keh keh...
Banyak sangat menda nak dibuat sampaikan nak update blog pun tak seberapa selesa la. Lagipun banyak jugak aktiviti yang aku buat dalam minggu lepas sampai la ke hari nih. Sebenarnya, aku sekarang ni ada kat umah kakak aku kat Alor Gajah. Just visiting my dad as he keeps asking "bilo la budak2 ni nak balik kampung?". Sebagai seorang anak yang masih lagi mempunyai keluarga dan bapak yang semakin uzur, aku pun balik la. Alkisahnye macam nih..

______________________________________________________________________

28 Februari 2009

Hari tu adalah hari yang paling bahagia buat aku. Sebabnya aku bleh bangun lambat. Gila. Don't worry, saye bangun solat subuh tau! Cuma lepas tu aku dibuai kembali mimpi-mimpi indah yang mengasyikkan. Huhu. Bukan maksud tidur balik tu aku lajak sampai ke tengahari. Takde la. Badan dah biasa bangun awal, dalam kul 8.30 tu aku dah sedar balik. Cuma tak nak keluar bilik jek. Ada sesetengah orang tu, hujung minggu membuta sampai ke tengahari. Orang lain dah nak makan tengahari dia baru la terhegeh-hegeh nak sarapan pagi. Apa daa..
Mata dah segar, aku capai novel yang setebal 2 inci untuk aku baca sampai le aku muak. Itupun aku cari part yang best2 jek. Yang lain-lain nanti bila aku baca untuk kedua kalinya barula aku khatam dari A-Z.
Lapar. Kuar bilik, masak air, bancuh minuman kegemaran aku then makan biskut cap PingPong jek. Bila kenyang aku switch on TV, pastu tukar2 siaran sebab hari Sabtu tak banyak citer best!
Bila dah petang baru aku ajak housemate kuar makan tengahari+ makan malam. Jimat masa. Jimat duit. Dah malam aku tido balik.

_______________________________________________________________________

1 March 2009

Orang lain tengah syok peluk bantal. Aku dah bersiap nak pegi office. Hari ni ada mid-semester exam. Kena tengok2kan office jugak. Yang bestnye aku sampai awal giler. Mati-mati aku ingatkan exam tu start pukul 8. Alih2 tengok paper, exam tu start kul 10. Nasib baik ler aku tak punch in pukul 8. Dalam 9.30 baru aku punch in. Kang ader plak yang kata aku buat OT bukan pada waktunya. Hati manusia kan... Hmmmm...

Lepas je exam, aku balik umah. Tengok housemate yg sorang ni tengah kemas rumah. Aiseh, aku ni nak keluar balik dalam kul 2. Kena register untuk HEALS Bowling Tournament tu pukul 2.50pm. Ok, sempat lagi kot. Aku ni jenis bila teragak nak siap cepat, memang tak sampai 5 minit aku dah siap dah. Nak kejar masa. Kadang-kadang tu aku bersiap sampai 1 jam. (itupun kalau takde apa-apa hal lar) Aku tak suka orang menunggu dan menunggu orang. Kalau boleh biar on time. Nak menunggu orang adalah kepantangan aku yang paling utama.

HEALS Bowling Tournament memang tak macam bowling tournament. Program tu student kat opis aku yang anjurkan (staff vs. student). Malangnye tak seberapa dapat sambutan daripada staff kat opis. Bila student datang jumpa aku untuk cari peserta dari kalangan staff baru aku tau program tu tak ada sorang staff pun yang register. Aku memang nak join, tapi geng2 staff ramai yang tak boleh join. Takkan ler aku sorang2 untuk satu group. Gila apa. Aku pun suggest la kat student utk cari staff luar Fakulti. Dapat jek green light, aku pun hello-hello la kengkawan.

Kesudahannye group aku jugak juara. Tapi student tak bagi kitorang join tournament. Cuma special team jek. Takut nanti ada pulak suara2 sumbangsih kata "Mane aci amik orang luar. Dah tu power2 pulak. Tak adil lar camtu..." Aku faham. Group member aku pun faham. Tapi aku malu dengan orang luar sebab staff kat Fakulti aku tak berapa nak beri support untuk program student macam ni. Even mana2 acara @ program pun susah nak bagi respond. (kadang-kadang aku pun tak join aktiviti fakulti. sebab ada kemungkinan aktiviti tu buat aku jadi mengantuk) What to do..?

eh! silap gambar ni.. mana gambar score aku yang paling tinggi?

Note: alkisahnya aku adalah best bowler utk kategori wanita. sebab aku adalah staff fakulti. hinss..hinss..
____________________________________________________________________

2 March 2009

Hantar kereta buat alignment. Kebetulan sebelum tu dah ramai yang kata kereta aku macam lari sikit. Then tengok pula bunga tayar depan sbelah kanan dan botak. Perrghh..! Ada potensi makan duit jugak nih. Dah le nak travel jauh. Time ni la nak bocorkan poket aku. Adus.

my baby waiting to be repaired

silap angle la aku amik gambar. see the kebotakan?

Rupanya camber keta dah lari. Patut ler haus bunga tayar aku. Tension. Alih-alih kena tukar jugak tayar. Kopak aku RM240 hari tu.
_______________________________________________________________________

Aku dah mengantuk. Aku telah melewati waktu aku masuk tido. Esok ada potensi aku bangun lambat sebab nak cukupkan 8 jam. Nantikan Part 2 kisah ini. Gambar ada tapi nanti lah.

No comments: