April 2, 2011

How i miss my parents so much...



Got this video from my friend, Eddy's FB post. This video shows how this daddy put his love so much to his son by fulfilling all of his son requests.

"Daddy, will you run the marathon with me?" The father answers yes and both run their first marathon together. One day, the son asks his father if he wants to run the marathon with him again and the father answers yes. They both run the marathon together again. Then one day the son asks his father:
"Daddy, will you run the Ironman with me?"
(the Ironman is the toughest...it requires a 4km swim, 180km biking and 42km running). The father says yes again.



Bila tengok video ni, air mata menderu mengalir. Teringat masa sekolah dulu arwah abah hantar dan ambil dari sekolah. Bila dah masuk Universiti pun macam tu juga bila aku pulang ke kampung. Abah akan tunggu aku di bus stop. Tahun pertama aku di alam pekerjaan pun masih lagi abah yang ambil bawa balik ke rumah. Tahun seterusnya aku dah ada kenderaan sendiri.

Arwah abah masa dulu sangat garang. Jangan buat silap sikit, tentu timbul amarah dia. Kami adik-beradik tak pernah terlepas paling kurang pun rotan. Aku tahu, itu adalah cara arwah untuk mengajar kami tentang kehidupan.
Selepas mak meninggal dunia, diri arwah abah jadi tak menentu. Abah dah kurang baran, lebih banyak diam, dan abah juga mengalami pre-alzheimer. Berhijrah ke sana ke mari tinggal bersama anak-anak. Aku terkilan juga sebab tak dapat jaga abah kerana aku menyewa bersama teman-teman lain.

Aku dapat berita abah pengsan dan mengalami pendarahan dalam otak, memang terkejut sangat. Banyak kali aku minta pada Allah agar sembuhkan dan sedarkan kembali abah. Paling terkilan bila abah tak tahu yang aku dah putus tunang. Aku takut nak beritahu sebab tak nak abah susah hati dan kena angin ahmar sekali lagi. Bila dah jadi macam ni, aku rasa menyesal sangat.

Abah, adik minta maaf kalau adik dah kecewakan abah. Adik sayang abah dulu, kini dan selamanya. Terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang abah berikan semasa membesarkan adik. Adik rindu sangat dengan abah..

Al-Fatihah.