July 19, 2010

Lagi sekali...

Hari ini, Isnin, jam 2.10 pagi aku sampai ke rumah sewa di Kuantan setelah bercuti di kampung halaman. Kali ini dikejutkan oleh keadaan rumah bila aku sampai. Yang pertama, pintu pagar dibiarkan terbuka, tak berkunci, tak bermangga.. Kunci mangga ada kat pintu grill. Yang kedua, bila aku sampai, ada satu kereta ni conquer parking dan tak muat untuk aku menyelit. So, aku parking betul-betul depan pagar rumah. Yang ketiga, ada lagi satu kereta yang suka suki dia parking depan pagar rumah. Itu boleh dimaafkan lagi. Cuma dah amik zon selesa untuk aku reverse kereta bila nak parking dalam porch.
So, persoalannya.. Aku dah mati ke yang buatkan mereka ini dengan senang lenang buat hal ni? Kalau siang hari tak kisah sangatlah tapi ini dah malam ok. MALAM! Dan lagi TENGAH MALAM! Buatnya berlaku lah perkara yang tak kita inginkan.. Oh! Mintak simpang.. Nak salahkan siapa? Aku ke?
Kalaulah benda ni aku jugak yang dipersalahkan, meh sini aku bagi penampar tahap super sayya..!

2 comments:

Anatel Ameen said...

ada org ke takde org kat rumah dalam keadaan mcm tu? takkan tak tau nak jaga keselamatan diri sendiri biar semua terlapang sedangkan diri kat dalam rumah? musykil...

PAP said...

ada kopi hitam.

ada kopi putih.

ada kopi coklat.

kopiko pun ada.

saya pun suka kopi.

p/s: sori komen tak kena mengena dengan topik. hehehe