Dengan tak disangka PM isytihar cuti umum sebab pasukan bola sepak Malaysia jadi juara untuk Piala Suzuki. Eh, Suzuki? Brand yang buat kereta tu taja piala ke?
Demikian jugak dalam masa tak sampai 48 jam kita akan berhijrah ke tahun baru. Seperti biasa aku tak nak lagi buat apa-apa azam tiap kali menjelma tahun baru. Bukan dapat capai pun. Dan rumah bernilai juta-juta ringgit masih lagi dalam angan-angan.
Kesian kan?
Banyak perkara suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2010 ni. Serba sedikit mengenai suka-duka 2010:
1. April - Abang aku yang awek-keliling-pinggang-payah-sangat-nak-kahwin akhirnya bernikah dengan pilihan hati satu tempat kerja.
2. Julai - Aku dengan penuh gumbira dan berani membawa diri ke Shanghai, China seorang diri selama 5 hari. Tapi sampai sana tinggal satu bilik dengan member. Perempuan.
Akhir Julai aku kehilangan insan tersayang iaitu ayah aku disebabkan pendarahan dalam otak. Memang betul-betul rasa kehilangan.
3. Ogos - Bulan puasa yang banyak menduga keimanan dan tahap kesabaran diri.
Ada sesuatu yang langgar lampu belakang kereta tanpa disedari. Aku sumpah 10 keturunan orang yang langgar tu hidup merempat. Agak zalim tu.
4. September - Menyambut Aidilfitri penuh rasa sunyi dan suram. Tak best langsung. Nak jalan-jalan pun kena pikir 10 kali. Haih.
18 September - My birthday. Seperti 28 tahun yang lepas, tarikh lahir jatuh pada hari Sabtu. Rasa macam baru dilahirkan saja. Ngeeeee. Dah besar, dah tak ada lagi sambutan dan kek bukan coklat. Haih.
5. Oktober - Prestasi kerja kurang memuaskan sampai kena amik tindakan 'diperhatikan'. Semua ini gara-gara desakan doktor untuk buat check-up berkenaan 'slip disc' suspected, sakit kepala, sakit lutut akibat bowling serta kemurungan melampau.
6. November - Buat pertama kali aku berani 'sound' ahli keluarga yang liat sikit nak balik kampung untuk menyambut AidilAdha dalam laman Facebook. Dah ada kereta mahal-mahal pun tak nak balik lagi ke? Huh!
7. Disember - Perancangan untuk mengembara ke negara jiran telah ditunda. Hati yang berbunga kuncup kembali. Tak apa, tahun depan segala cuti untuk riadah akan di selenggara dengan sempurna. Jangan tiba-tiba 'instant decide' nak kahwin tahun depan sudah. Duit tabung belum cukup lagi nih. Rumah kampung belum cat baru.
Kahwin? Apa tu?
Banyak lagi perkara selain di atas berlaku dalam hidup aku. Akan tetapi biarlah hanya Allah, aku dan keluarga sahaja yang tahu. Yang pasti aku semakin bersemangat dengan hidup baru dan semakin ber'usia'. Dah kira stabil dah nih. Cuma rumah sendiri je belum dapat lagi. Dah la harga rumah semakin naik sekarang nih.
Permohonan untuk menjadi skandal dibuka tahun depan. Shortlisted saja akan diambil kira. Hahaha.
1 comment:
1st! (wah! Ala2 kat forum lak hahaha)
Anyway, abang awak suruh saya buat azam kurangkan gossip n jgn nyibuk2 hal orang. Maka, itulah azam saya tahun ni.
anyway, have a wonderful year. Boring2 sunyi2 meh la turun KL. My family is your family too. My mom is your mom too, as your brother is my husband.
Mungkin kurang selesa sikit la kat Kuang, tp kitorg x kisah if u dont mind as well. InsyaAllah rumah baru nanti akan lebih selesa.
Err dah booking bilik yg mana satu? Hahaha
Post a Comment