Aku terbaca satu status sahabat maya dalam Facebook yang dia hangin dengan satu couple tak reti bahasa. Lepas tu dengan tiba-tiba terimbas balik alkisah kejadian di Tesco Melaka bila aku tergerak hati nak potong rambut. Salah seorang anak buah aku suggest pergi ke A Cut Above kat Tesco tu. Aku pun bawak la rombongan pergi sana.
Sampai dengan riang hati dan gumbira sebab dah lama tak potong rambut yang dah macam nenek kebayan. Terbayang-bayang dah design gempak ala-ala aktress Hollywood. A Cut Above ni jenis bayar dulu baru gunting. Guna kiosk pulak tu. Ala, yang macam kiosk beli top up tu.
Oleh kerana nak tengok dulu hasil, aku suruh anak buah gunting rambut dulu. Then bila masuk je ada seorang mak buyung dan anak perempuan umur lebih kurang 3 atau 4 tahun la. Si mak buyung ni pun aku tengok macam awal 20-an je lagi. Muka fresh sangat. Kawin awal kot. Aku ingatkan nak duduk la kat sofa yang ada tu. Dah dia seorang je yang conquer takkan la aku nak menyelit jugak. Anak buah aku yang lagi seorang tu nak duduk bersila ke? Jadi nak tak nak, aku dan si anak buah lagi seorang tu berdiri. Sambil tengok rambut anak sedara yang lelaki ni dikerat rambutnya segenggam demi segenggam, aku ternampak la design potongan rambut perempuan dalam sekeping kad A4 yang dah di laminate atas sofa. Aku rasa ada la dalam 2 kaki jarak kad tu dengan tempat dia duduk. Aku tanpa segan silu ambil la kad tu tanpa berkata apa-apa. Tengah belek-belek kad tu dengan anak sedara yang perempuan, aku rasa macam ada sepasang mata yang dok memandang.
Kerling sekejap je kat mak buyung ni. Lepas tu dia tenung aku dah macam nak keluar bola mata dia tu.
Aku pandang balik kad. Jeling kat dia sekejap. Eh, tenung lagi.
Lepas tu aku dengar ada dengusan "Eii.. marah betul aku macam ni.."
Aku pun buat la dengar tak dengar je. Then anak sedara tegur, "Asu, apa hal pompuan tu dok pandang-pandang Asu...?"
Mendengus lagi.
"Kalau muka tu cantik takpe lah. Ni dah la tak cantik, tak ada manners langsung.."
Aku diam je. Anak sedara cakap bisik.
"Asu, dia ni macam marah kat Asu jek"
"Lantak la Along, dah gila la tu." Sambil aku pandang tempat lain dan senyum sinis.
"Huh! Memang marah dah aku nih..!" kata mak buyung tu lagi dengan nada yang perlahan. Dia ingat aku pekak agaknya. Lepas tu, datang la adik dia dari kerusi gunting merapati diri mak buyung ni. Rupanya dia ni tunggu turn nak gunting rambut. Dia datang bersama-sama adiknya yang pengkid dan sorang kanak-kanak perempuan. Besar kemungkinan itu adalah anak sulung.
Bila tiba turn dia untuk duduk di kerusi gunting, bangun dan berjalan di depan mata aku. Aku bukan jenis nak pandang orang tak tentu hala. Bila aku betul-betul marah baru lah aku pandang tepat dalam mata dia. Itu baru pandang mata je. Belum lagi aku sepak terajang orang yang aku marah tu. Gangster la katakan. Huh!
Ok. Berbalik kepada cerita asal. Masa mak buyung ni berjalan sempat lagi dia dengus depan aku.
"Hurgh! Jaga baik sikit eh!" sambil mulut pot pet lagi. "Memang tak ada manners langsung. Dah la tak cantik. Cuba la cakap excuse me tadi.. bla bla bla.."
"Amoi, u mau cut rambut u macam mana?"
"Err..err.. i nak potong rambut pendek sikit, then i nak ada volume sikit rambut i.."
Tapi aku tengok apek tu tak ada la pulak buat volume kat rambut dia tuh. Setakat potong dua tiga helai je la kot. Settle.
Selesai anak sedara yang lelaki gunting rambut, aku pun ajak dia blah dari situ. Tak mungkin aku duduk sebelah perempuan yang tengah mengandung tapi tak boleh control kemarahan. Sensetif sangat. Bak kata anak sedara aku,
"Dah kena sawan babi tu. Dia pun bukannya cantik. Buruk jugak. Dah la ada taik lalat besar gedabak kat hidung dia."
Gila.
Maka saya ingatkan di sini kepada ibu-ibu mengandung jangan ikutkan sangat emosi anda. Confirm akan memudaratkan kesihatan anak anda. Silap haribulan jadi budak tak normal. Jadi fikir-fikirkan lah.
Aku tenangkan hati dengan beli sepasang baju kurung yang berharga RM150.
Dah senyum balik.
Dan baju itulah 'Kecik' buat alas dia beranak. Huh!
3 comments:
oitt...tahi lalat besau tu saya pun ada ye tapi bukanlah di hidung letaknya...itu dah jadi tahi idung. I tahi lalat pemanis seri taw... hahaha
sapa kata tak cantik.. cakap.. ckap...
k.na: haha.. jenis tahi lalat yg macam pelakon Hamidah Wahab tu la.. Tapi xbleh blah muka dia time tu.. Disaksikan oleh Erna n Ayeh..
A.Sam: hanya mampu gelak.. hahahaha
Post a Comment