March 25, 2011

Belas kasihan hilang sekelip mata

Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni. Macam-macam hal yang berlaku tapi biar berperang dalam hati saja. Kejadian hari ini membuatkan timbul kembali perasaan belas kasihan.

- 7.35 malam

Memandangkan aku dah tinggal seorang diri, maka kerajinan dalam diri mula pudar. Balik kerja aku terus singgah kedai untuk beli santapan malam. Tiba di rumah, kelihatan 'Kecik' ada kat grill rumah. Dalam hati aku sangka dia ni lapar nak makan sebab bila aku balik, dia mesti berlari dari rumah jiran ke rumah aku. Almaklum, inilah rumah dia membesar. Turun dari kereta, ada seekor anak kucing keluar dari rak kasut. Oh, mungkin itu anak Kecik. Aku angkat, tengok mata anak kucing tu bengkak, tak boleh melihat. Bawak masuk dalam rumah, kebetulan ubat sakit mata untuk anak2 Kecik kelahiran pertama ada lagi.

- 8.30 malam

Setiap Khamis malam aku ada latihan boling. Sebelum keluar, bawa keluar Kecik dan anak2. Konon nanti dia balik la ke rumah jiran.

- 11.45 malam

Balik dari boling, tengok ada lagi Kecik dekat rak kasut. Kali ni aku yakin Kecik nak beri aku tunjuk anak-anak dia sebab sebelum ni dah banyak kali aku suruh dia bawa anak dia pulang ke rumah aku. Tapi kali ni lain pulak corak bulu anak kucing. Bila perhati balik rak kasut tu, ada 4 ekor lagi anak kucing. Ya Allah, semuanya mengalami masalah kesihatan yang sama. Mata bengkak. Tak sampai hati nak biarkan mereka tinggal di luar. Lagi-lagi sekarang ni musim hujan lebat. Tentu kesejukan nanti. Bawa masuk semua, beri ubat demam, ubat mata dan beri mereka makan. Tiba-tiba perasaan amarah dan kesal timbul.

" Makcik, nak cage tu!"
" Errm.. Tu cage kawan makcik. Nanti makcik kasi ye." Masa tu Ida (ex-housemate) yang entertain budak kecik tu. Cuti Aidiladha tahun lepas.
"Huhuhuhu... nak cage tu jugak!! Nak bela kucing!" Sambil menangis melalak depan pagar.
Nak tak nak, terpaksa la Ida turutkan hati budak kecik tu.

Bila aku balik rumah, Ida cerita kisah budak kecik tu. Takpe la, nak guna kejap je pun. Seminggu lepas tu, cage tu dah ada kt depan pagar. Then, bulan 12 tahun lepas, datang lagi. Memekak kat pagar rumah.

"Makcik..makcik.. Nak cage tu makcik.."
"Hah? Nak?!!" "Nak pinjam ke?"
"A'ah. Nak bela kucing."

Ish.. muka tak tau malu langsung. Mak bapak pun sama. Biarkan anak mengemis kat rumah orang. Beli sangkar yang kocik tu pun tak boleh. Beli kereta besar boleh pulak.

"Kenapa tak beli sangkar sendiri? Kan senang nak bela kucing."
"Mama tak bagi beli sangkar."
"Kenapa nak bela kucing kalau mama marah? Nanti mama marah lagi.. Ni makcik bagi pinjam je tau. PINJAM JE tau.. Nanti pulangkan balik ye.."
"Ok." Dah dapat cage tu terus blah je. Terima kasih? Hareemmm..

SEBULAN lepas tu, sangkar tu sekali lagi ada kat depan pagar. Mana2 orang yang tak tau cerita, mesti ingat aku beli sangkar, tapi tak ada kat rumah. Ya Rabbi, ada jugak makhluk Allah yang tak bersyukur dan berterima kasih atas bantuan kita. Bila dah beri pertolongan, bantuan, kesenangan, langsung tak ucap terima kasih. Bukankah itu salah satu adab budaya keturunan kita?

Peristiwa hari ini, aku yakin jiran sebelah rumah (selang satu rumah) ni yang hantar balik anak2 kucing tu. Kenapa? Sebab anak2 kucing tu sakit? Nanti berjangkit virus "Adenovirus" dekat anak-anak dia? Ataupun tak mampu nak tanggung makanan mereka? Dan kenapa biarkan anak-anak dia yang tak reti malu tu melalak dan meminta-minta di rumah orang?

Tak apalah. Aku yang jaga Kecik tu dari kecil sampai besar. Juga bila Kecik melahirkan anak2. Sehingga satu demi satu anak-anak kucing tu mati akibat jangkitan Virus. Kali ni Kecik bawa anak2 kelahiran kedua tinggal di rumah tuan dia. Jika panjang umur mereka, akan aku bawa ke rumah sendiri nanti.

No comments: