Dalam tempoh tak sampai 2 tahun, aku dah bergelar yatim piatu. Dan aku yang paling rapat dengan mereka. Akulah pendengar paling setia bila mereka luahkan keluh kesah tentang kehidupan. Aku menjadi anak kampung yang biasa dengan kehidupan kampung berbanding adik beradik yang lain. Bergaul dengan masyarakat kampung, gotong-royong, kenduri-kendara. Aku juga yang lebih mengenali perihal masyarakat kampung. Semua itu disebabkan aku lebih mengikut cara arwah mak. Walaupun kadang kala aku terikut-ikut cara hidup bandar, tetapi naluri aku lebih kepada cara desa.
Susah sangat nak dapat apam daun rambai ni. Bila balik kampung baru la jumpa. Salah satu signature kuih-muih Negeri Sembilan.
Terus terang aku katakan. Hati dan minda lebih tenang bila berada di kampung halaman. Cuti raya kali ni aku lebihkan kerana terlalu rindu untuk tinggal dalam suasana kampung. Aku tak mahu melebihkan hal luaran berbanding asal-usul aku. Aku anak kampung. Dan aku amat terkilan kerana Aidilfitri kali ini aku tak dapat ulangi kemeriahan seperti 2 tahun lepas dan sebelumnya.
Kebelakangan ni fikiran aku terlalu sesak. Terlalu bercelaru. Selalu tertekan. Terlalu murung. Kerana itu semua, perihal di pejabat menjadi kalut. Aku hilang arah. Aku tak dapat tumpukan perhatian. Biarpun aku nampak tenang di luaran, namun naluri semakin tertekan.
Maaflah.
Kamu semua masih lagi ada mak dan ayah. Belum lagi merasa kehilangan. Belum lagi merasa kosong dalam hidup. Belum lagi rasa perit jerih menjalani kehidupan sendiri tanpa ibubapa sebagai tempat mengadu. Dan paling ketara, mungkin tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Tatkala mereka semua melontarkan setiap kesalahan bertubi-tubi terhadap aku, aku berterusan mendiamkan diri.
Pernah kamu semua fikirkan ada masanya kamu memerlukan bantuan aku? Mengharapkan aku di saat kamu dirundung kesulitan. Mengharapkan pendapat aku untuk setiap perkara dalam kehidupan.
Sedikit pun aku tak pernah terlintas untuk mengaibkan diri kamu semua walaupun aku tahu kebenaran tentang setiap gerak-geri kamu semua.
Dan ini balasan terhadap aku? Walaupun hanya secebis kesilapan yang aku lakukan, tetapi nyata kamu semua lebih lantang membesar-besarkan kesilapan itu.
Aku malu. Sebagai manusia yang bertiangkan agama Islam. Mereka jadi lain.
Di kampung, aku lebih tenang. Melihat kehijauan di sekeliling alam. Suasana desa yang tak ditelan zaman. Mendengar kicauan burung di siang hari dan panggilan cengkerik bila malam menjelma. Sungguh tenang. Walaupun adik beradik agak terkejut bila mendengar aku bersendirian di kampung. Sungguh, aku tak rasa sunyi. Bertemankan Kecik, kucing kesayangan dan juga anak-anaknya. Ini rumahku. Ini kampungku. Inilah kenanganku. Inilah hidup dan matiku. Dan aku juga dapat rasakan kehadiran mak, abah, along, uda, dan juga Atuk. Memerhatikan aku dari jauh. Cuma aku kesunyian tanpa mereka. Kemeriahan di kampung semakin hilang. Aku berjanji, tidak akan ada sesiapa yang dapat meruntuhkan kenangan ini. Ini peninggalan kedua ibu dan bapaku.
Tak ada sedikit keceriaan bila membincangkan kerja. Aku rimas dengan keadaan sekarang. Rimas dengan bebanan kerja. Rimas dengan perangai dan sikap sesetengah warga kerja. Aku tahu, itulah punca rezeki. Namun aku bosan bekerja dalam suasana yang tak harmoni. Setuju dengan pendapat pegawai atasan. Dalam sehari hanya berapa minit yang benar-benar kita melakukan kerja? Bermula 8 pagi sehingga 5 petang, berapa lama kita luangkan masa dengan melakukan perihal luar kerja? Agak terpukul juga dengan kenyataan tersebut. Sejauh mana keikhlasan kita dalam bekerja? Dengan keadaan yang sebegini, terus terang memang aku tak ikhlas.
Apa yang paling penting. Aku sentiasa rasa bahagia. Bahagia dengan kehidupan yang bertemankan kenangan arwah mak dan abah.
Oh ya. On the way balik Kuantan, sempat lagi snap gambar pelangi petang. Indahnya ciptaan Tuhan.
Ermm.. masa nak masuk hentian Maran rasanya ni.
3 comments:
adik ada kak na, ada ateh. jgn lupa tu. kami tak pernah rasa beban dengan adik...sebab adik ringan daripada kami nak diangkat! hehehe...
tuhan lebih menyayangi mereka.. jgn bersedih.. sy tau perasaan Noi.. dan sebab itu.. ada perasaan takut tiap kali menjelang hari raya..
like...
Post a Comment