Baru nak update blog. Buat masa sekarang ni office dilimpahi dengan helaian-helaian putih yang entah bila akan berkurangan. Final exam la tuh. Musim kesibukan bermula kembali. Dengan adanya beberapa arahan yang belum pernah diarah sebelum ini maka bertambah lagi kesibukan di tingkat 5. haih.
Oh! Kebetulan sekarang ni tengah berlangsung acara sukan kakitangan di IIUM. Kesimpulanya satu hari suntuk akan berada di dalam kawasan larangan. huhu. Bermula dari 30 March - 11 May 2009. Satu bulan tuh. Anyway, antara acara yang dipertandingkan adalah:
-telematch
-mini marathon
-netball
-petanque
-carrom
-lawn bowl
-tenpin bowling
-volleyball
-table tennis
-dart
-tennis
-badminton
-kayak
(maaf. saya kurang pandai untuk menterjemah makna permainan tersebut ke bahasa melayu. sila rujuk kamus dewan bahasa)
Semua permainan ni hanya dianjurkan oleh kampus kuantan jek. manusia-manusia di kampus gombak tak boleh kacau langsung. faham. kalau nak kacau jugak kasi tukar itu tempat kerja. haih. Gabungan antara fakulti dan department yg yang lain agak memberansangkan. ok, pendek cerita opis aku bergabung dengan library. maka terciptalah nama 'LIBASH'. mmm.. agak mempesonakan nama tu. oleh kerana terpesona dengan nama tersebut pasukan LIBAHS telah me'libas' pasukan lain dengan pungutan 3 emas. lagi memberansangkan. oh. terharunya.
note: aku tunggu dan terus menunggu orang dalam bilik gelap untuk mencuci gambar.
1 comment:
noi.. kalu ade gambar di saat2 kemenangan tu lagi baguih.... go LIBASH... ekekekke
Post a Comment