Oh! bengong noi nih. Pesal pulak buat ayat macam budak skema darjah satu haah??!!
Kerja bermusim aku dah tiba kembali. Maka kena la buat-buat bodoh tak mau update blog padahal tiap2 hari dok mengadap komputer skrin rata. :p
Last week balik kampung. Tengah musim buah. Tapi oleh kerana dah terlalu lama tak balik maka buah-buahan tersebut telahpun selamat disedekahkan kepada ternakan yang memerlukan. Sapa lagi kalau bukan mr. Mikel. Ha! Sebut pasal mikel, tak disangka Micheal Jackson dah pergi kembali ke Rahmatullah. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan para mukmin. Tu pun kalau lah dia amalkan kehidupan sebagai seorang Islam. Kalau tak sia-sia jek.
Back to my cousin's wedding, seperti biasa makanan utk tetamu adalah lauk-pauk yang membosankan. But to my surprise, kali ni my uncle hidangkan udang lemak cili api + rebung.. And also daging masak asam. Perggh.. Marvelous! Macam nak tambah jek lauk daging asam & udang. Tetapi apakan daya, tengok orang ramai + sedara-mara-tak-kenal-nama-tau-muka-jek tengah beratur utk mendapatkan hidangan yg menyelerakan. Tahan sabar jek. Lepas tu ibarat air liur meleleh tengok orang dok melantak cendol lepas makan. Lagi tahan sabar. I baru jek berjaya mengempiskan perut. Huh!
Kebetulan my uncle invite tah mana punya Dj Radio jadi DJ umah orang kawin. My sis in law said that the Dj is all-in-one. Siap baca doa lagi setiap kali nak mula majlis. Pengantin sampai pun baca doa. Masa pengantin nak makan, i tak perasan pulak dia baca doa ke tidak. But for me, that songs he played not really matched my taste. I am more into sentimental, soul, R&B, or any songs that i used to sing during my happy day. Haha my happy day jek. My bad day i layan heavy metal yang kasi pecah-pecah barang tuh. :p
Ok, that evening going back to my place. Suka sangat balik malam. Even adik-beradik sangat murka apabila menyatakan bahawa i pulang bersendirian memandu di kegelapan malam.
My baby dah pun cecah 40k km just before i reach the exit to Gambang.
-the end-
No comments:
Post a Comment