
Terus terang aku cakap. Raya kali ni langsung tak meriah. Sebab aku akan beraya tanpa mak. Biasanya sebelum ni aku akan excited nak balik kampung sebab dapat buat macam-macam kat sana. Tolong buat kuih, anyam ketupat dengan daun kelapa fresh, masak rendang, pasang pelita, rebus ketupat, tukar langsir, tukar sarung kusyen, tukar cadar katil dan yang paling best dengar arwah mak membebel kat aku lepas aktiviti tukar-menukar tu aku membuta kat celah-celah langsir yang berlonggok.
Tapi kali ni semua nak kena beli. Kuih raya tu of course la dah dekat satu dekad asyik beli jek. Nanti membazir kalau buat sendiri. Orang datang beraya pun bukannya nak makan kuih raya. Nak datang minum air, makan ketupat, makan lemang, makan rendang pastu lepak kat ruang tamu conquer tengok tv dengan adik beradik diorang. Nasib baik kat kampung ada dua tv. Kira ok lah jugak. Kalaulah satu jek tv yang ada, nak jek aku lempang seorang demi seorang tu. Haih.
Bosan.
Inilah dugaan yang harus aku lalui di hari mendatang. Tahun 2009 ni bagi aku adalah tahun yang cukup membuatkan aku hilang pertimbangan dalam membuat keputusan. Tahun yang penuh dengan cabaran. Apapun aku tetap bersyukur kerana masih lagi mempunyai seorang ayah dan jugak adik-beradik yang begitu memahami keadaan aku sekarang ni. Dan aku juga bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi bernafas.
Kepada kau orang semua, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Andai kata ada tersalah kata, tersilap bahasa harap diampunkan. Aku manusia biasa. Tak pernah terlepas dari membuat silap. Kalau bawak kereta tu jangan laju-laju. Karang saman berderet pulak.
Alaa.. balik karang mesti jam. Benci betul arr..
No comments:
Post a Comment