November 6, 2010

Sibuk je lah..!

Minggu yang paling menyibukkan dah kembali. Final exam! Memang tak menang tangan di buatnya. Kepada mereka yang secara tak langsung bertugas di jabatan ni, harap maklum lah ye. Dari dulu sampai sekarang memang macam ni. Juga secara tak langsung, macam-macam perangai yang tak pernah terlihat dek mata kasar akan terbit di waktu begini.. Haih.

2/3 minggu lepas melawat bangunan fakulti baru. Masih lagi dalam proses pendawaian. Setelah beberapa tahun menumpang di bangunan fakulti lain, akhirnya warga Kulliyyah of Allied Health Sciences (Sains Kesihatan Bersekutu) akan berhijrah ke bangunan yang lebih selesa. Dan kami dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, kami akan berhijrah (semua sekali termasuk barang fakulti) pada awal tahun depan. Haih. Tak sempat nak rehatkan diri. Habis minggu exam terus sibuk nak packing barang.

Nak dijadikan cerita, seminggu lepas aku dengan 'ter'sengaja marahkan seorang student dengan suara ala-ala hi-pitching sopranos. Memang hangin satu badan masa tu. Dah lah keadaan kelam-kabut, sibuk, ada lagi student yang datang pada waktu genting ni nak mengadu masalah dia pasal pendaftaran subjek. Oh tidak. Memang hilang kesopanan sungguh pada hari itu. Pada masa student tu tengah di tunjuk ajar oleh salah seorang pekerja yang 'sangat baik hati', aku muncul,

"Awak tahu kan sekarang ni dah waktu exam! Kenapa sebelum ni tak nak jumpa sayaaaa!!!!"
"Benda macam ni lah yang memang menyakitkan hati sayaa!!"

Habis semua yang ada dalam pejabat tu terus diam. Tak berani nak menyampuk. Naga sakti dah keluarkan api. Haha.

Aku masuk balik ke bilik kebal.

'Ter'sengih macam kerang busuk sorang-sorang.
Geli hati!

5 comments:

namzahs said...

tak sepatutnya kita layan student gitu,

atieza said...

so.. nk layan macamana?
muka sengih2 smpai ke telinga lepas tu cakap dengan penuh ramah mesra, tak ada tunjuk muka masam langsung, sentiasa senyum.. macam tu??!!

oh! sorry lah saya nak layan student macam tu. Dah namanya pun 'STUDENT', maka dia kena faham sendiri tatacara seorang student.
Ada masa boleh berlembut dengan studetn dan ada masa kita kena tegas!

Saya bukan macam sesetengah orang yang kata "tak baik buat macam tu kat student". Walaupun student tu memang penting dlm bidang kerja di Universiti ni, tapi tak semua perkara kita mesti utamakan student..

Maaf lah abg sam..
Saya bukan STAF yang SENTIASA baik dengan student. Hal luar waktu pejabat saya boleh bertolak-ansur. Apabila masuk waktu pejabat dan berkait-rapat dengan job specification saya, saya adalah STAF yang amat GARANG dan TEGAS!!!

Sekian.

Anatel Ameen said...

tak tau nak komen apa, tapi nak tulis jugak so that you know i was here... hehehe boleh?

darah muda memang menggelegak selalu. kak ana dulu pun takde masalah menggarangkan diri atau men'tangan'kan bebudak kurang ajar masa mengajar dulu. sekarang ni baru belajar....tak kisah....lantak ko la... atau buat dek je

atieza said...

different!!

this is university.. the most 'student friendly' university.. they are too much! bila buat dek.. kita balik yg kena marah.. i don't know what is wrong here.. seems the students take the problems so easy.. the never want to consult with the Academic Affairs.. ok, memang agak meragukan, apa sebenarnya function Academic Affairs..? Department untuk menyelesakan para pelajar supaya mereka tidak perlu bersusah payah untuk belajar??

Answer me if you have the answer..

pok leh said...

agree ngn student friendly university...smpai student besar kepala...haiyoooooo