August 9, 2011

Dulu, Kini...


Bila balik kampung, mesti rasa seronok. Sebab banyak kenangan suka duka tatkala meniti hari-hari dewasa. Biasanya bila puasa, mesti adik-beradik pakat balik ramai-ramai meriahkan rumah. Lagi satu sebab nak merasa masakan arwah mak yang tak pernah kurang nikmatnya. Sekarang ni dah susah sikit bila masing-masing kena masak. Dan aku, bila rasa rajin je. Kalau dah ramai orang, confirm aku jadi pemaleh.

Tiba-tiba hati memberontak untuk update gambar-gambar lama aku dan adik-beradik. Lihat perbezaan dulu dan kini. Agak-agaknya ada yang berubah mendadak tak?



Inilah dia anak arwah pakcik Ahmad bin Omar. Maaflah gambar agak seksi. Tapi itu adalah suatu ketika dahulu. Sekarang nak seksi? Tak pasal-pasal ada yang kena rembat dengan rotan tebal 2 inci.

Orang mesti cakap, anak bongsu mesti dapat special attention daripada ibu bapa. Sebenarnya, tak semua anak bongsu dapat layanan istimewa daripada mak/abah dan adik-beradik lain. Walaupun dulu abang-abang dan kakak agak jealous dengan adik bongsu, ada masa anak bongsu pun kena tibai dengan mak ayah. Tak percaya?


Tengok. Kecik-kecik lagi dah pandai posing.

Aku ni zaman dolu-dolu agak tembam sebab tiap-tiap hari sebelum pergi sekolah arwah Mak beri makan telur setengah masak dan Milo panas. Naik darjah 6, Milo dan adik-beradik cokelat kena pandang sebelah mata je. Alkisah terjadinya migraine di sekolah. Ingat lagi, Cikgu Mustafa hantar balik rumah naik motor. Perghh, tengah sakit-sakit tu, merempit sekejap. Pergi Klinik Yahaya (klinik ni dulu popular dalam pekan Tampin. Tiap kali datang je kena tunggu dekat sejam), doktor cakap kena penyakit Migraine. Kesian kan? Kecik-kecik lagi dah ada penyakit.

Sekarang ni dah masuk 17 tahun aku masih alami migraine. Pendek kata dah lali dengan penyakit ni. Orang lain selalu sangat dok meng'hanjing' makan cokelat tu best la, nikmat dunia la, apa la.

Meh sini aku bagi kau penyakit migraine ni nak? Haha.

Bila aku masuk sekolah menengah, majoriti abang-abang dah bekerja. Tinggal abangdik je masih belajar. (Panggil abangdik sebab dulu sebelum dapat saya, dialah adik. Automatically jadi abangdik iaitu abang kepada adik.)


This picture is taken on Alang's convocation day at ITM


Sekarang ni jadi kaki game disebabkan oleh pendedahan awal terhadap permainan

Zaman kanak-kanak aku suka sangat bergaduh. Start tadika dah jadi samseng. Dapat pulak geng yang badan ala-ala bouncer. Dulu pernah aku tarik rambut budak perempuan dekat berek polis. Lepas tu ada yang melalak sebab kena baling batu kt kepala, bla bla bla. Naik sekolah rendah dah berani lempang anak orang. Ish, bila kenang balik memang kelakar. Sekarang ni pun samseng jugak. Tapi samseng tang lisan yang makan dalam punya. Naik kaki tangan nanti ada pulak yang buat report polis lepas tu saman. Tak pasal-pasal ada yang makan nasi campur dalam lokap.


Ada sesiapa mengenali bayi ini? Kepada mereka yang bekerja di IIUM, inilah Zulkapri Ahmad. Haha.

Bila selak-selak album satu demi satu, ada terselit sekeping gambar masa pergi Hong Kong buat pertama kali.


Masa pergi, bangunan ni masih lagi dalam renovation. Sekarang ni dah makin cantik pulak.


Google picture

Seronok bila mengenang kembali zaman kanak-kanak. Akan tetapi tak semua yang mengalami kenangan manis. Ada di antara mereka yang punyai kenangan pahit. Apa pun, bila semakin dewasa segala kenangan mungkin hanyut di bawa masa. Bagi aku, tak mungkin aku hilangkan kenangan ni. Nak kembali ke masa lampau, mustahil.

Kepada anda semua, ku ucapkan selamat berpuasa. Walaupun agak lewat aku tulis, tapi kita masih lagi dalam bulan Ramadhan. Sesudah Ramadhan, seisi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

Raya kali ni kat kampung sendiri lagi la.


Abang-abangku, jika giliran anda di kampung, silalah pulang ye.

2 comments:

Roslaily Saad said...

cik noi..i dh ada blog baru..so tukar link i n 1 more thing sila follow i yek hahaha

Salehuddin Lokman said...

kahkahkahkah cute seyyy boss masa muda haha. noi, sy plg suka ayat yg last sekali tu, mendalammmmmmmmmmmm =)