December 22, 2009

I wish i could turn back time..

If only i could turn back time...



Miss them so much! Akhirnya penantian selama 2 tahun tercapai jugak. Tapi tak semua dapat berkumpul. Oh! I really miss the moment when all of us get together and talking about everyone's life till dawn..

Last week went to my former workplace. Nothing change. Still the same. Just the saying that they are going to move to the.. well, i can say a better place. So do my ex boss. Tak berubah. Macam tu jugak lah perangai dia yang gila-gila tu.

Tak mungkin aku lupa tempat pertama aku bergelar pekerja. Tempat yang banyak mengajar aku erti persahabatan, perkauman dan jugak daya tahan sabar dengan kerenah pelajar. Namun, ada satu yang membuatkan aku tak selesa bila aku berkunjung ke sana.

Tak apa lah. I know he's your bff. Sedikit sebanyak kau mungkin rasa tempias apa yang aku cakap. Tapi kebenaran perlu diperjelaskan. Kalau kau rasa aku tak patut lagi bergelar kawan kau, aku tak kisah. Aku cuma meluahkan rasa terkilan aku. Itu sahaja.
Apapun, the past is past. I want to put a stop in this situation. Lets find the new shine in our life.

Back to my ex housemates. Kami dah buat satu perjanjian. Walau apapun yang berlaku, pertalian yang terjalin tetap tidak akan putus. At least, once a year we need to have a gathering. To keep in touch. To know what we've been through in the year. Semua orang akan melalui hidup berumahtangga. Tinggal dengan keluarga masing-masing. Bukanlah maksud aku nak tau cerita dalam kelambu masing-masing. Tapi, apa yang patut dikongsi memang patut diberitahu.

Hmm..

Noly, anak kau memang lasak.. T__T

October 8, 2009

Edisi raya yang dah basi


Dah masuk minggu ketiga Syawal.
Dan aku pun baru nak terhegeh-hegeh update blog edisi raya. Ramai yang tanya mana gambar raya aku sebab semua orang dok pulun upload gambar kat Facebook la, Friendster la, blog la.. Pakat tayang baju raya. Baju yang aku pakai ni pun bukanlah dikategorikan sebagai baju raya. Cuma pertambahan baju yang bakal dipakai ketika menjalankan tugas di pejabat. So kira sopan jugaklah bila pakai jubah ke tempat kerja aku nih. Nanti tak pasal-pasal ada la pulak student yang kerja dok teliti jenis kain yang dipakai oleh ahli-ahli pejabat. Orang suruh belajar bukan suruh pandang atas bawah apa yang kami pakai. Lebih baik kau orang stress akibat belajar. Kalau stress pasal etika berpakaian staff pejabat dah tentu kau orang akan jadi pelajar skizofrenia pulak.


Raya kali sangat sangat sangat sangat tidak mendatangkan semangat kerayaan pada aku. Sunyi sial. Dah la yang balik kampung tu 3 beradik je dan bapak. Budak-budak langsung tak ada la. Dan raya kali ni aku menyaksikan raya pertama..raya kedua..raya ketiga yang langsung tak ada budak-budak kampung datang bertandang. Takut H1N1 kot. Errmm..

Secara seriusnya aku maklumkan kepada mereka yang menghantar ucapan Raya untuk aku dan mengharapkan balasan minta maaf la yek. Tak ada mood langsung nak balas. Macam tu jugak la dengan ucapan hari lahir aku yang jatuh pada 28 Ramadhan lepas. Hanya kepada orang tertentu jek aku rasa aku patut balas ucapan mereka. Yang lain-lain tu kirim salam la ye.

I'm hoping for a new shine in 2010. Penat dah rasanya nak lalui pelbagai perit getir dalam tahun ni. Macam-macam perkara/halangan/dugaan timbul dalam hidup aku. Yang amat meletihkan bila perkara tu berterusan @ non-stop. Ish.. entah bila entah nak berhenti. Ermm.. apa kata aku sambung belajar jek.

Abih cito.

September 29, 2009

Macam biasa kalau dah abis puasa


Ada majlis smbutan raya kt kampus Kuantan. Yang bestnya kali ni ada la pulak 'kambing golek'. Dah sure la i punye favorite. Dek sibuk main himpit2 nak dptkn lauk best, langsung tak perasan byk lauk sama. Akibatnye i telah dituduh sebagai 'pencuri sate'..

Hampeh Pokleh.. Takpe..

September 16, 2009

Aku tau aku dah banyak buat salah


Terus terang aku cakap. Raya kali ni langsung tak meriah. Sebab aku akan beraya tanpa mak. Biasanya sebelum ni aku akan excited nak balik kampung sebab dapat buat macam-macam kat sana. Tolong buat kuih, anyam ketupat dengan daun kelapa fresh, masak rendang, pasang pelita, rebus ketupat, tukar langsir, tukar sarung kusyen, tukar cadar katil dan yang paling best dengar arwah mak membebel kat aku lepas aktiviti tukar-menukar tu aku membuta kat celah-celah langsir yang berlonggok.

Tapi kali ni semua nak kena beli. Kuih raya tu of course la dah dekat satu dekad asyik beli jek. Nanti membazir kalau buat sendiri. Orang datang beraya pun bukannya nak makan kuih raya. Nak datang minum air, makan ketupat, makan lemang, makan rendang pastu lepak kat ruang tamu conquer tengok tv dengan adik beradik diorang. Nasib baik kat kampung ada dua tv. Kira ok lah jugak. Kalaulah satu jek tv yang ada, nak jek aku lempang seorang demi seorang tu. Haih.

Bosan.

Inilah dugaan yang harus aku lalui di hari mendatang. Tahun 2009 ni bagi aku adalah tahun yang cukup membuatkan aku hilang pertimbangan dalam membuat keputusan. Tahun yang penuh dengan cabaran. Apapun aku tetap bersyukur kerana masih lagi mempunyai seorang ayah dan jugak adik-beradik yang begitu memahami keadaan aku sekarang ni. Dan aku juga bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi bernafas.

Kepada kau orang semua, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Andai kata ada tersalah kata, tersilap bahasa harap diampunkan. Aku manusia biasa. Tak pernah terlepas dari membuat silap. Kalau bawak kereta tu jangan laju-laju. Karang saman berderet pulak.

Alaa.. balik karang mesti jam. Benci betul arr..

August 28, 2009

Kenape.. kenape.. kenape?

Aku dalam dilema..


Nak pergi ke tanak pergi? Nak pergi ke tanak? Tapi..Tiket dah beli. Ada jek halangan bila aku nak pergi merehatkan otak yang dah lama berserabut nih. Tapi, kenapa waktu tersebut menjadi halangan? kenape? kenape? kenape? Ala.. ngok ngek ngok ngek sungguh! Takkan nak lepaskan macam tu jek?

Ish.. rugi la kalau lepaskan. Alaaa...

Ni la masalahnya. Bila kau dah plan baik-baik macam dah planning beratus-ratus tahun lamanya, tiba2 kau dapat berita yang membuatkan kau jadi sasau separuh mati disebabkan terpaksa tunda plan baik tahap gaban tu. Disaat itulah kau akan jadi separa psycho bila mana kau tengok dinding sampai kau boleh nampak orang sebelah rumah tengah masak mi goreng hangit.

Serius kau akan jadi macam tu.