Minggu lepas aku pergi ke KL untuk berlibur dengan teman serumah Shah Alam dulu. Boleh dikatakan 3 consecutive weekends aku travel back and forth dari Kuantan ke KL. Pertama, masa terima berita kakak ipar bersalin. Kedua, bila terima berita anak buah aku meninggal dunia. Ketiga, kebetulan Pahang dapat 3 hari cuti jadi aku manfaatkan cuti dengan bertemu kawan-kawan. Tak kan nak duduk memerap dalam rumah kot. Otak boleh jadi kurang cerdik tu.
Pendek cerita, ada seorang bekas teman serumah di Kuantan ni nak tamatkan zaman bujang dia. (Dulu masa mula-mula aku sampai Kuantan, dia lah yang beri aku menumpang di rumah sewa dia. Bila dah lama, jadi semakin baik dan rapat. Alih-alih aku pulak yang takeover rumah tuh.)
Macam biasa orang kalau dah nak langsungkan majlis ni mesti sibuk tak ingat dunia. Nak beli tu nak beli ni. Sampaikan nak jumpa kawan-kawan pun agak terbatas. Walaupun sibuk sempat jugak lah dia luangkan masa untuk aku. Hiks. Senyum meleret. Lepas ni dah payah la nak hang out macam dulu-dulu lagi. Sepenuh perhatian kepada encik suami. Eceh.
Jadi, dia pun kirimkan kad undangan untuk diedarkan kepada kenalan di Kuantan. 2 hari kad tu tersimpan dalam rumah aku. Saja bagi peram sikit.
Sebelum aku jadi nyanyuk, baik aku letak dalam kereta siap-siap. Nanti boleh terus edar je kad tuh. Bermula lah kisah pengedaran.
Lunch hour. Finance Department: Office Alang
"Posto! Posto! Ni ada kad undangan perkahwinan."
Ada sorang kakak ni jawab. "Kau punya ke Noi?"
Aku sengih macam kerang busuk.
"Bukan la. Ni Rose punya la."
Masa tu Alang tak ada dalam pejabat. Lunch kot. Jadi dok mengendeng dengan opismate aku sambil tengok dia prepare cek. Tiba-tiba nampak Alang lalu sambil bawak bungkusan polystyrene masuk dalam pantry. Nasik la tuh. Eh, bos makan kat pantry?
Selang 2 minit je.
"Eh! Ekau nak nikah tak bagitau aku ke? Kau jangan!"
Tak semena Alang jerit keluar dari pantry. Ada tukang report la tuh. Ces.
"Errkkk! Gulp!"
"Eh, tak. Bukan saya punya. Ish, jangan. Nanti kena fire."
"Haa.. Nasib baik. Kalau betul tadi, siaplah." Separa marah separa gelak.
"Bukan..bukan..bukan.. Saya jadi agen jek." Sambil buat muka innocent.
Semua dalam office tu gelak.
Hanya kerana aku jadi posmen kad undangan, orang dah ingat yang tu adalah majlis aku. Buatnya aku jadi posmen lagi 4/5 kali? Tak ke naya. Tadi siap ngadu lagi dengan tuan empunya kad.
"Hahahahaha. Lawak la Ciknoi. Dia kan nanti jadi wali you kalau you kahwin. Tak kan adik dia nak kawin senyap-senyap kot. Hahahaha."
Memang betul pun. Alang tu dah kira abang sulung lepas arwah Along meninggal. Jadi bila aku nak bernikah, confirm la dia yang jadi wali.
Haih. Haru.
1 comment:
Wakakakaka!! sori la cik noi..dek kerana kad jemputan i u kena sound lak..tapi apa2 pun thanks yer cik noi..
xpe kita still leh hang out sama2 sbb kita kan sehati sejiwa
Post a Comment