December 12, 2011

Saya memang kuat berjalan.

Dah lama sebenarnya nak buat entri tentang sambutan Aidiladha yang lepas. Tapi dek kesibukan kerja dan kecelaruan hidup maka kerapkali tertangguh. Tak apa, masih banyak lagi masa walaupun pada dasarnya kisah tu dah sepatutnya dianggap 'basi'.

Macam biasa, perjalanan ke kampung halaman akan mengambil masa 5 jam. Almaklum, kereta tak lah selaju mana. Tolak traffic jam itu ini memang ambil masa 5 jam. Dari Kuantan ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Johol. Aku semakin kurang menggunakan jalan biasa. Kuantan-Segamat-Gemas-Johol. Bukan apa, cuma tak best lah kalau tengah sedap speeding tiba-tiba terlanggar kayu beruti tengah jalan. Itu satu, lagi satu alkisah nak over-take lori-lori besar yang berduyun conquer jalan tu. Haih.

Aidiladha tidak semeriah mana seperti Aidilfitri. Cuma perasaan sedih dan terkilan tetap ada. Ada yang tak balik sebab tak nak bazir masa balik kampung. Minyak kereta lagi, tol lagi. Dok kat rumah diam-diam lagi bagus gamaknya. Entahlah.

inilah rutin kami tiap kali sambut raya haji. rezki murah dgn daging korban. plan nak buat daging salai tapi dah selamat diratah semua oleh anak-anak buah dan adik beradik lain. adoi.

yummy!

Aku dapat lepak kat rumah kampung sekejap saja. Sebab angah tak izinkan aku tinggal rumah kampung tu seorang diri. Daripada kena bebel 24 jam baik aku ikut cakap dia. Maka, tinggallah rumah tu kembali sunyi. Padahal boleh je nak tinggal seorang diri. Tak ada masalah pun. Tapi fikir-fikir balik ada baiknya aku tak tinggal. Mana tahu, buatnya ada apa-apa berlaku, adik beradik yang lain langsung tak tahu apa. Kan? Oklah.

cantik tak? cantik tak? saya la make up artist bidan terjun. haha.

Sebenarnya aku ambil cuti lama sebab nak berpoya-poya di Kedah. Salah seorang teman rapat mengakhiri zaman bujang dia pada tanggal 11.11.11 tu. Mak dia memang sporting habis. Hang buat lah macam rumah hang sendiri. Aih. Memang. Alih-alih aku pun lupa dialek KL (konon) kat sana. Ceq dok cakap Kedah ja. Hiks. Gedik.

Sebelum sampai sana, si pengantin ni dah janji nak bawa aku makan mi udang special somewhere in Penang. Dah tu ada ke patut selesai je akad nikah tu terus tinggalkan aku terkontang kanting kat rumah dia. Terus pergi bandar konon nak fitting baju untuk reception nanti. Nasib la I ni jenis yang boleh survive walau dicampak ke mana-mana pun. Eh eh eh, i don't like okay. Haha.

ni lah mi udang special. padahal bukan setakat udang, ketam pun aku taruk. napsu napsu.

licin habis. bab makan memang tak boleh tolak ke tepi.

Lepas ni banyak perancangan membesarkan diri dan mendamaikan minda menyusul. Tak perlu palu gendang kuat-kuat.


Eh, awak tak minta maaf kat saya lagi kan sebab main blah gitu jek?
Baik mintak maaf.
Tak baik tau buat saya macam tu. Tuhan marah.
Ok. Sekian.

No comments: