July 29, 2009

Adakah kebahagiaan itu memungkinkan kita mengecapi kegagalan?

Dengar tajuk pun dah agak complicated. Tapi, itulah hakikat hidup. Tanpa kita sedari apa yang kita kecapi hari ini mungkin akan berlaku sebaliknya di hari mendatang. Misalnya hari ni kita terima berita gembira tapi esok siapa yang tahu. Adakah berita itu masih lagi dalam kategori gembira atau mungkin jugak jadi berita sedih. Berita yang tak pernah dijangkakan.

We never know the future. Betul tak?

Pengalaman dalam hidup mengajar kita menjadi lebih berhati-hati. Tapi seringkali 'hati-hati' kita tu disalah ertikan oleh insan yang kurang memahami. Yang kurang bijak mentafsir keadaan. Bukan maksud aku nak pertikaikan apa yang berlaku. Inilah realiti hidup. Bukan macam realiti tv yang sebenarnya lakonan semata-mata.

Being silence is better?

For certain people, yes. But others, i don't think so. Sometimes we need to realize what is good and what is bad in our life. For me, two way communication is much better. Jangan harapkan sebelah pihak je yang bersuara. Kenalah ada give-and-take. Kata orang, itu adalah kunci utama sebuah perhubungan. Tapi kadang-kadang ada satu perkara yang buatkan semua ideologi tu tak menjadi.

EGO. Kau ego.. aku pun ego..

Camne tuh?



p/s: This is the first time aku luahkah rasa hati dalam blog. Sebelum ni jangan harap aku nak dedahkan. Tapi bila kita luahkan, kita akan dapat bermacam-macam reaksi. Daripada reaksi tu lah yang akan buatkan aku berfikir kembali di mana kesilapan kita selama ini.

For you, i'm really sorry if u think that i'm changed. Doesn't mean that i'm ignoring you but for some reason, i had to. I don't want to be the person who i was. The person who being pessimist all the time. The person who always create trouble. I just want to be the whole new me.

July 27, 2009

Don't know what should i say

I am totally out of my mind.

I am totally in the blue.

I am totally being freak.

I am totally heartless.

I am totally sickened by the situation.

I am totally stronger than before.

I am totally.....


missing my mom..
Mak.. tolong adik sekarang ni..

July 14, 2009

Haru biru....

Sangat haru biru sekarang ni. Mana tak nya, kerja yang sepatutnya orang lain buat dicampak ke department aku. Dah la kerja yang ada sekarang ni pun tak menang tangan. Mana lagi nak buat benda alah tu semua. Abis tu, yang lain buat apa? Duduk atas kerusi empuk sambil goyang kaki tambah dengan mengumpat pot pet pot pet? Come on la, jangan ingat department aku ni macam versatile pulak. Serba boleh. Cukup la dengan nak layan kerenah student la, lecturer la yang kononnya kita ni kuli batak diorang.

Tak apa.

Terima je dulu. Tengok dulu progression camana. Kalau tak boleh jalan. Tak boleh nak disiapkan dengan proper. Tak boleh nak terima lagi komen-komen manusia yang tak reti bahasa dengan keadaan sekeliling. Ada jugak yang kena sembur dengan insan-insan yang hanya tahu menerima ni. Apa daa. Bodoh! Bahlul! Kelabu asap!

Haa.. kan dah kena sekali ngan aku..

Yang pasti aku sangat sakit hati dengan keadaan sekarang.

June 30, 2009

Bukan kerana kekeringan idea tapi saya memang malas

Harap maaf. Setelah sekian lama tidak meng'update' blog ni maka saya telah mengambil inisiatif untuk mempaparkan beberapa situasi yang telah saya lalui dalam tempoh waktu yang begitu panjang.
Oh! bengong noi nih. Pesal pulak buat ayat macam budak skema darjah satu haah??!!

Kerja bermusim aku dah tiba kembali. Maka kena la buat-buat bodoh tak mau update blog padahal tiap2 hari dok mengadap komputer skrin rata. :p

Last week balik kampung. Tengah musim buah. Tapi oleh kerana dah terlalu lama tak balik maka buah-buahan tersebut telahpun selamat disedekahkan kepada ternakan yang memerlukan. Sapa lagi kalau bukan mr. Mikel. Ha! Sebut pasal mikel, tak disangka Micheal Jackson dah pergi kembali ke Rahmatullah. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan para mukmin. Tu pun kalau lah dia amalkan kehidupan sebagai seorang Islam. Kalau tak sia-sia jek.
Ok, last week ada dua event. One is my housemate's engagement. Other is my cousin's wedding. Opps, actually ada 3. Lagi satu is my tunang punye sepupu punye wedding. Yang tu kat Kepong but i decided not to go even though i've already planned to do so. Tak mau la nanti sedara-mara-sepupu-sepapat dia tanya bila turn kitorang plak. Dah nak naik hijau muka bila nak jawab soalan-soalan cepumas tuh. Ok, be patient. Hate talking about that.

Back to my cousin's wedding, seperti biasa makanan utk tetamu adalah lauk-pauk yang membosankan. But to my surprise, kali ni my uncle hidangkan udang lemak cili api + rebung.. And also daging masak asam. Perggh.. Marvelous! Macam nak tambah jek lauk daging asam & udang. Tetapi apakan daya, tengok orang ramai + sedara-mara-tak-kenal-nama-tau-muka-jek tengah beratur utk mendapatkan hidangan yg menyelerakan. Tahan sabar jek. Lepas tu ibarat air liur meleleh tengok orang dok melantak cendol lepas makan. Lagi tahan sabar. I baru jek berjaya mengempiskan perut. Huh!


Kebetulan my uncle invite tah mana punya Dj Radio jadi DJ umah orang kawin. My sis in law said that the Dj is all-in-one. Siap baca doa lagi setiap kali nak mula majlis. Pengantin sampai pun baca doa. Masa pengantin nak makan, i tak perasan pulak dia baca doa ke tidak. But for me, that songs he played not really matched my taste. I am more into sentimental, soul, R&B, or any songs that i used to sing during my happy day. Haha my happy day jek. My bad day i layan heavy metal yang kasi pecah-pecah barang tuh. :p

Hijau itu melambangkan alam sekitar. Saya bukan Alam Flora yek.

Ok, that evening going back to my place. Suka sangat balik malam. Even adik-beradik sangat murka apabila menyatakan bahawa i pulang bersendirian memandu di kegelapan malam.
My baby dah pun cecah 40k km just before i reach the exit to Gambang.

Oh! Sila abaikan gambar di atas kerana ingin melihat what the hell my face look like when wearing that tudung. Haha. Macam sial punya ayat. Muka macam muslimah sejati kan kan? Juga abaikan background picture. Barang-barang masih berterabur even pinggan mangkuk pun masih dalam kotak. Sungguh tak mampu untuk berkemas.

-the end-

May 18, 2009

Orang dah tag.. jawab jek la..

1.The last person to tag you was?
Cik Rus

2. Your relationship with him/her?

One of my friends and ex-housemate.. (bukan ex jugak la sebab barang dia tak habis angkut lagi.. kekeke)


3. Your 5 impressions towards him/her?

i. Mbam..
ii. Kaki gunung Himalaya
iii. Kaki bebel.. (eh, tak jugak la..)
iv. Kaki pau Kak Ana (kakak dia yek.. not my sis-in-law)
v. Kaki sport (semua games dia nak join..huh!)


4. The most memorable thing that he/she has ever done for you?

Uiii.. tak terkata banyaknya..


5. The most memorable words that he/she has said to you ?

Pun tak terkata..


6. If he/she becomes your lover, you will...

Hah lover? Tak pasal-pasal kena penampor..

7. If he/she becomes your enemy, you will…

Bang! Bang! Kaboom! Kaboom! (cik rus.. bluweekk!)


8. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on...

Errm.. suruh dia jadi romantika d amor sikit kot..

9. If he/she becomes your enemy, the reason is…
Jap.. nak pikir dulu..


10. The most desirable things to do for him/her are…

Haa? Ada ke most desirable things i buat untuk u?


11. Overall impression towards him/her is…

Mbam..


12. How do you think the people around you will feel about you ?

Owh.. i never really think what people feel about me. Nak suka..sukalah. Nak marah.. marahlah.. abih cito..

13. Who is your ideal ?
Ayat tergantung la.. Ideal mende? Ideal lover? Ideal friend? Ideal enemy?


14. What do you hate about yourself ?

Being sarcastic.. kadang-kadang..


16. For the people who care for you and like you, say something about them.

Thank you for your care.. hehe..


17. Bra or panties ?

Err.. lacy bra and thong? bengong betol la.. :p


18. Chocolate or ice-cream ?

Ice-blended boleh tak?

19. 2 people to tag?

2 jek?

1. Kak Na
2. Cik Onah

20. Who is number 2 having a relationship with ?

Ntah la.. she's very secretive right now about her love life.. betoi dak?


21. Is she/he a male or a female ?

Perempuan melayu..

22. If number 1 and 2 got together, would that be a good thing ?

Rasanya no. 2 will be more talkative.. kwang3


23. Is number 1 single ?

Not anymore..

24. Say something about number 2.

Errm.. sometimes she likes to tenung orang lama-lama sampai orang tu takut dengan dia..


25. What do you think about number 1 and 2 being together ?

Being together in terms of being good friends? Sure!

26. Describe number 1.

Cute and bubbly..

27. What will you do if number 1 and 2 fight ?

Ok. I'll put a grenade between them and kaboom..!!


Dah settle..