Dah lama tak jenguk rumah kampung. Macam dah berpuluh tahun lamanya. Hati memang sentiasa diruntun rindu, tapi apakan daya aku jauh di perantauan. Lagi-lagi pula tengah sibuk dengan persiapan perkahwinan ni.
Rasa bersalah sangat sebab dah lama tak balik. Rasa bersalah sebab tak ambil peduli akan rumah peninggalan arwah abah dan arwah mak. Rasa bersalah sebab biarkan lalang dan pohon-pohon liar tumbuh hampir menutupi kawasan rumah. Rasa bersalah sebab biarkan anai-anai bersarang dalam rumah. Tapi hati ni sentiasa terdetik, adakah aku seorang saja yang rasa bersalah? Bagaimana dengan yang lain-lain? Adakah mereka juga rasa bersalah membiarkan rumah pusaka terbiar begitu sahaja?
Aku tak tahu. Aku tak tahu apa yang mereka rasa. Aku tak boleh baca fikiran masing-masing.
Mengenangkan hal ni, aku jadi ego. Hati kecil aku memberontak. Kenapa aku seorang yang ambil peduli? Kenapa mesti bergantung harap pada yang lain? Kenapa tidak cuba untuk ambil inisiatif sendiri?
Entahlah. Buntu.
Ya Allah, berdosakah aku membiarkan semua ni?
No comments:
Post a Comment