Syukur Alhamdulillah. Allah gantikan kesedihan atas kehilangan ayahanda yang telah kembali ke Rahmatullah dengan keceriaan apabila kucing kesayangan melahirkan anak-anak yang comel belaka.
Satu keajaiban bila Kecik (beri nama tu sebab jumpa dulu kecik sangat) melahirkan seramai 7 ekor anak kucing. Inilah yang dinamakan Allah itu Maha Pengasih. Dalam kesedihan dengan dugaan yang bertimpa-timpa, Allah kurniakan kegembiraan.
Macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Sekelip mata. Alkisahnya Kecik bergesel-gesel di kaki aku pada 3 Ramadhan lepas. Waktu kami serumah nak berbuka puasa. Mungkin nak beritahu dah sakit nak beranak kot. Tapi aku manusia. Tidak dapat memahami bahasa mereka.
Selesai solat Maghrib, aku ke dapur mengemas sisa makanan selepas berbuka. Masuk je dalam bilik, Kecik pun senyap. Sayup -sayup suara Kecik jawab panggilan aku. Cari punya lah cari rupa-rupanya dah selamat lahirkan anak yang pertama. Atas baju kurung yang aku baru beli pulak tu! Baju tu sekali dengan longgokan baju yang baru diangkat dari ampaian.
Kat situ rupanya kau nak beranak ye.
Semalaman aku tidur kat living hall. Sebab tak nak ganggu Kecik selesai melahirkan anak. Pagi keesokan aku jenguk dalam bilik. Ya Rabbi, ingatkan 4 ekor je. 7 rupanya. Separa pengsan aku.
Apapun, aku akan jaga semua anak-anak kucing tu. Kalau ada orang teringin nak adopt anak kucing aku, harap maaf. Aku tak rela. Sebab itu adalah rezeki.
Sekarang ni tengah pening nak fikirkan nama comel 7 beradik tu.
September 1, 2010
July 19, 2010
Lagi sekali...
Hari ini, Isnin, jam 2.10 pagi aku sampai ke rumah sewa di Kuantan setelah bercuti di kampung halaman. Kali ini dikejutkan oleh keadaan rumah bila aku sampai. Yang pertama, pintu pagar dibiarkan terbuka, tak berkunci, tak bermangga.. Kunci mangga ada kat pintu grill. Yang kedua, bila aku sampai, ada satu kereta ni conquer parking dan tak muat untuk aku menyelit. So, aku parking betul-betul depan pagar rumah. Yang ketiga, ada lagi satu kereta yang suka suki dia parking depan pagar rumah. Itu boleh dimaafkan lagi. Cuma dah amik zon selesa untuk aku reverse kereta bila nak parking dalam porch.
So, persoalannya.. Aku dah mati ke yang buatkan mereka ini dengan senang lenang buat hal ni? Kalau siang hari tak kisah sangatlah tapi ini dah malam ok. MALAM! Dan lagi TENGAH MALAM! Buatnya berlaku lah perkara yang tak kita inginkan.. Oh! Mintak simpang.. Nak salahkan siapa? Aku ke?
Kalaulah benda ni aku jugak yang dipersalahkan, meh sini aku bagi penampar tahap super sayya..!

July 13, 2010
Hot Journey
Alhamdulillah, berkat buat simpanan sikit-sikit selama bergaji besar ni, (hahaha.. perasan je lebey) aku dapat jejakkan kaki ke negara asing. Tak lah jauh sangat. Kat China jek. Antara keinginan untuk bercuti dan jugak ajakan kawan aku yang kebetulan tengah buat attachment kat sana. Plan tu dah lama aku buat tapi ada jek halangan untuk aku teruskan bercuti. Tangguh, tangguh dan terus tangguh. Aku kena bertegas. No more tolerate. Mana boleh jadik. Sedap-sedap je diorang lepas beban tugas kat aku. Dan aku secara tak sengaja lepaskan beban tu. Sorry yek, inilah masa nak tengok sama ada kerja yang bertangguh tu jalan ke tidak walaupun aku tak ada.
Berbalik kepada trip aku Kuala Lumpur-Shanghai-Wuxi-Nanjing-Wuxi-Shanghai-Kuala Lumpur. Agak tak berapa best la sebab bila jejak je kaki kat sana, musim panas dah start. Memang nak pengsan rasa. Sampai kat Pudong Shanghai Airport, suasana yang penuh dengan bangunan je. Macam tak ada langsung rimbunan pepohon yang boleh buat mata redup. Ni tidak, mata kuyu sebab terik mentari.
Adess.
Tak ada beza waktu di Shanghai dan Kuala Lumpur. Flight jam 1.40 pagi dan mendarat di Shanghai jam 6.45 pagi. Itupun matahari dah meninggi dalam 40% di ufuk timur. Macam 8 pagi kat Kuala Lumpur la.
Sensorang di Shanghai. Aku ikut arahan yang kawan aku beri nak ke Wuxi. Jalan kaki sambil tarik beg dalam 15 minit ke Perhentian Bas antarabandar. Masih lagi dalam kawasan airport. Sebelum tu, aku dah beli simcard China. "CHN-CMCC". 150 yuan. RM75 gak la. Simcard kat Malaysia pun seploh ringgit jek. Ces. Foreigner kot. Tu yang mahal. Nasib baik la ada jugak mat cina yang reti English. Kalau tidak, satu patah haram pun aku tak dapat tangkap. Walaupun pernah jugak belajar Mandarin, tapi itu setakat nak dapatkan gred A+ jek. Bukannya nak practice dalam hidup seharian. Sekarang ni baru tau terlopong nak catch up balik tiap perkataan tu. Dah sampai bus stop tu kena pulak tunggu kaunter bukak jam 8.30 pagi. So, aku pun join la mat cina yang satu flight dengan aku. Dia pun entah ke mana aku tak tanya pulak. Sebab letih, mengantuk, lapar, nak beli makanan yang bukan2 nanti, termakan yang haram pulak. Haih. Bila kaunter bukak je, aku la the first person yang menghadap tingkap kaunter sambil member sekejap tu tolong jadi translator. Hah! Hamik kau. Tiket pukul 10.10 pagi. Nak kena lepak lagi tunggu bas ke Wuxi.
Tepat 10 pagi bas ke Wuxi sampai. Pakcik bas tu jerit la "Wuxi..Wuxi..". Sebelum naik bas, kena scan dulu beg yang nak bawak naik bas. Yang besar2 tak payah. Maybe for safety dalam bas kot. Mana tau tetiba pulak ada orang mengamok atas bas. Ish! Nauzubillah. Aku SMS Zana, kata dah naik bas ke Wuxi. Nanti dia tunggu kat Wuxi Bus Station. Dalam perjalanan, aku tengok bandar Shanghai yang panas dan sibuk. Dapat seat depan sekali jadi aku dapat pemandangan penuh sepanjang perjalanan tu. Apek sebelah aku tegur,
"Are you from Malaysia?"
Aku pun jawab. "Yes. How do you know I'm from Malaysia?"
"I saw you at the immigration counter. We were in the same flight."
"Oh, really? So, going back to your hometown? Are you working in Malaysia?"
"Yes. I work in Klang."
Haha. Memula tu aku ingatkan dia sebut 'kilang'. Bila aku dengar 'Silengur', baru la aku tau dia maksudkan Klang. Oooo.. satu flight ke? Memang aku tak perasan kau. Almaklum kat tempat orang. Bukan nak pandang kiri kanan pun. (Berlagak siot) Setakat senyum je dah. Kalau aku nak tanya apa-apa baru aku ramahkan mulut. Haha.
Satu kejutan bila sampai Wuxi. Dalam otak aku dah imagine yang Wuxi ni macam kampung-kampung hijau je. Pokok sana sini. Rupanya bandar simen jugak. Kalau dikira keluasan Wuxi ni macam lebih besar daripada KL. Punya la sesak dengan manusia kat bandar ni. Yang buruh kasar tengok selamba jek angkat guni besar kat bahu. Yang makcik-makcik pulak jaga kedai. Amoi-amoi kat sini melaram je. Ada jugak macam berkarier. Pakai ala-ala korporat. Tapi jalan kaki. Dan lalulintas, jangan cakap la. Klang Valley pun kalah. Haha. Aku pun menapak dan lepak depan sebuah hotel yang kebetulan bersebelahan hentian bas. Sementara nak tunggu Zana sampai untuk bawak aku ke Jiangnan University.
"Ni you chu nali?"
"Err..err.. wo you chu Jiangnan Daxue.."
"Jiangnan Daxue.... bla bla bla.."
Aku pun tak paham apa yang dia bebelkan. Aku rasa dia nak tolong hantar aku ke Univ. tu. Haha. Dengan troli beg dua roda tu. Dah start cuak dah. Kang tetiba pulak dia dok usik-usik aku tak ke naya nanti. Manusia yang lalu lalang tu dok perati aku atas bawah. Ada tu tengah jalan tapi kepala sampai terteleng-teleng tengok aku. Haha. Alahai. Jakun gila.
Sekali tu aku nampak kelibat Zana lambai-lambai tangan kat aku. Syukur. Sampai jugak kau. Sebelum bertolak ke Univ., Zana bawak aku makan kat KFC. Makan burger udang dengan Pepsi je la. Nak makan ayam, tak boleh. Tetiba pulak ada Tat Telur kat KFC tu. Dasyat..Dasyat..
Another 1 hour to reach Jiangnan University. Kebetulan hostel Zana memang dekat dengan 2nd entrance. Sampai je kat bilik dia, aku pun balun membuta. Penat. Bilik Zana ada air-cond. Kipas pun ada. TV. Indoor toilet skali shower. Katil pun 1 kaki je lagi nak jadi Queen bed. Free internet connection. Best gila bilik untuk budak-budak Foreigner yang buat PhD nih.
Esoknya Zana and her friends plan nak ke Nanjing. One last time to get together before Zana balik Malaysia. Aku pun tumpang sekaki. Hehe. We took CRH, which is the second fasttrain in China. One way ticket is 85 yuan.
Sebelum balik Wuxi, cikgu kepada Andrew (one of Zana's friends) belanja makan kat restoran Steamboat. Oleh kerana adanya kami yang Muslim ni maka ada dua set steamboat. Satu set tu hanya sayuran je (untuk kami) dan satu lagi ada daging termasukla daging cik B tu.. Huhu.
Universiti Jiangnan ni agak moden la. Kalau musim sejuk mesti lagi cantik. Salji kat mana-mana je. Ish, rugi tersilap tarikh. Malam tu kitaorang keluar jalan kaki ke deretan kedai luar kawasan Univ. Pekena mee-tarik-daging dengan ayam panggang. Kedai halal ye. Memang marvelous. Kalau makan tu tiap-tiap hari pun aku tak kisah. Haha.
Sehari sebelum aku balik Malaysia, we went to downtown of Wuxi. Konon nak cari la souvenirs untuk mereka yang tau aku pegi China. Konon. Yang aku jumpa kedai makan. Nak merayau satu bandar tu tak cukup satu hari. Paling tidak pun seminggu.
Aku gerak dari kampus jam 7 pagi. Zana temankan sampai stesen bas Wuxi. Ingatkan pagi-pagi lagi tak ramai la orang. Sangkaan meleset sungguh! Punyalah ramai manusia yang nak naik bas. Dengan guni-guni barang la. Mesin rumput la. Barang-barang yang tak pernah la orang Malaysia buat bila naik bas. Haha. Sampai kat Pudong Shanghai Airport jam 12 tengahari. Sementara menunggu check-in flight, aku jalan2 sekitar airport mana tau kot2 ada kedai makan halal ke. Then ternampak satu kedai makan letak banner bertulis "Nasi Goreng Malaysia". Fuyyoo.. Sampai ke Shanghai nasi goreng tu. Aku tanya orang dekat kaunter. Tanya apa bahan dalam nasi goreng tu. Dia pulak pi masuk dalam tanya chef. So far dia hanya gunakan cili, sos tiram dan telur. Confident dengan bahan, aku pun order la dengan orange juice. Jadi la. Nak alas perut sebelum naik kapal terbang. Memang rasa nasi goreng. Nasi Goreng Malaysia kan.
Lepas ni plan nak pergi Beijing pulak. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kalau ada peluang, rebut. Jangan biar macam tu jek. Hehehe..
Mood cuti-cuti panjang telah kembali. Yeay!
May 13, 2010
Haih!
Haih. Bengang betul dengan manusia yang berperangai lahanat. Sedar la diri tu sikit. Dah la berhutang, ada hati rembat barang orang lain lagi. Kalau nak ikut suka hati nak rembat-merembat ni pastikan dulu tak ada hutang dengan orang tu. Buatnya tak berkat atau lebih senang cakap orang tu haramkan apa yang dicilok.. Tak ke susahkan hidup kau nanti. Nak bercakap @ buat benda-benda macam ni biar berpada. Jangan nanti kat akhirat kau junjung hutang carik pemiutang sudah!!
Di ikutkan amarah dah lama aku 'smash' balik. Cuma kesian sebab nanti mengekek-ngekek nangis keluar hingus pulak. Cuma aku simpan je rasa marah tu. Dari hal kecik sampai ke besar aku tak luahkan. Lama dah. Tapi kali ni aku dah tak boleh tolerate lagi. Dah memang jadi kebiasaan aku untuk simpan segala bukti yang boleh sabitkan aku tak bersalah. Kau boleh cakap aku yang bukan-bukan. Tapi kebenaran biar masa saja yang tentukan.
Aku dah naik jelak dengan hal-hal macam ni.
Tak habis-habis menyusahkan orang!

"Kenapa tak kahwin lagi?"
Someone asked me this question, "kenapa tak kahwin lagi?"
Tetttttt....
For me that is an unacceptable question as we can see here there are too many single aging women who still did not have excitement in getting married. Memang lah akan digelar 'andartu' atau pun 'andalusia' tapi bukan bermakna tak berkeinginan untuk berumahtangga. Ada. Hanya jodoh dan ketentuan Illahi saja menentukan.
Cuma ada masanya terfikir jugak apa kebaikan dan keburukan berumahtangga. Jika dulu kala orang tua mencari pasangan dan anak-anak kena turut kehendak ibu bapa. Walaupun tak pernah kenal dan bersua muka dengan pasangan namun kata mereka kata itulah cinta pandang pertama lepas sah jadi suami isteri. Bukan cinta pandang pertama atau lebih senang cakap 'cinta monyet' ok. Zaman dulu-dulu jarang dengar isteri curang, suami curang, layan skandal sana, skandal sini. Tetap bahagia sampai akhir hayat. Walaupun ada la pahit manis sepanjang tempoh perkahwinan tu tapi tolak ke tepi je. So do my arwah mother. She told me, if i get married i have to obey my husband. Be loyal to him. Yeah, that's true. Lepas kahwin, syurga di bawah tapak kaki suami. Tapi kalau suami tu buat perangai macam gampang, tak kan nak turut jugak kata-kata dia? Sampaikan nak abaikan keluarga sendiri dan lebihkan keluarga dia? Zaman sekarang dah lain. Wanita kini lebih berani bertindak. Dulu jadi pak turut je. Salah ke jika kaum perempuan ni bertindak atas dasar tak sanggup berdepan dengan kecelaruan hidup si suami?
Mungkin disebabkan itu para wanita sanggup tolak ke tepi soal kahwin. Lebih selesa hidup bujang. Tak ada rasa sangsi dengan pasangan. Aku? Soal jodoh aku hanya serahkan pada yang Esa. Biar Dia yang tentukan sama ada aku punyai peluang untuk mengecapi nikmat berumahtangga atau tidak. Sebenarnya aku masih trauma dengan apa yang terjadi. Perasaan untuk bertukar status tu ada. Tapi biar dulu. Hidup bujang puas-puas dulu. Bila sampai seru baru aku tukar status. haha.
Apa pun aku bukan bukan bersikap offensive pasal kahwin tau.
Kena masuk program realiti "Mencari Cinta" kalau macam ni.
Duh.

Subscribe to:
Posts (Atom)