June 30, 2009

Bukan kerana kekeringan idea tapi saya memang malas

Harap maaf. Setelah sekian lama tidak meng'update' blog ni maka saya telah mengambil inisiatif untuk mempaparkan beberapa situasi yang telah saya lalui dalam tempoh waktu yang begitu panjang.
Oh! bengong noi nih. Pesal pulak buat ayat macam budak skema darjah satu haah??!!

Kerja bermusim aku dah tiba kembali. Maka kena la buat-buat bodoh tak mau update blog padahal tiap2 hari dok mengadap komputer skrin rata. :p

Last week balik kampung. Tengah musim buah. Tapi oleh kerana dah terlalu lama tak balik maka buah-buahan tersebut telahpun selamat disedekahkan kepada ternakan yang memerlukan. Sapa lagi kalau bukan mr. Mikel. Ha! Sebut pasal mikel, tak disangka Micheal Jackson dah pergi kembali ke Rahmatullah. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan para mukmin. Tu pun kalau lah dia amalkan kehidupan sebagai seorang Islam. Kalau tak sia-sia jek.
Ok, last week ada dua event. One is my housemate's engagement. Other is my cousin's wedding. Opps, actually ada 3. Lagi satu is my tunang punye sepupu punye wedding. Yang tu kat Kepong but i decided not to go even though i've already planned to do so. Tak mau la nanti sedara-mara-sepupu-sepapat dia tanya bila turn kitorang plak. Dah nak naik hijau muka bila nak jawab soalan-soalan cepumas tuh. Ok, be patient. Hate talking about that.

Back to my cousin's wedding, seperti biasa makanan utk tetamu adalah lauk-pauk yang membosankan. But to my surprise, kali ni my uncle hidangkan udang lemak cili api + rebung.. And also daging masak asam. Perggh.. Marvelous! Macam nak tambah jek lauk daging asam & udang. Tetapi apakan daya, tengok orang ramai + sedara-mara-tak-kenal-nama-tau-muka-jek tengah beratur utk mendapatkan hidangan yg menyelerakan. Tahan sabar jek. Lepas tu ibarat air liur meleleh tengok orang dok melantak cendol lepas makan. Lagi tahan sabar. I baru jek berjaya mengempiskan perut. Huh!


Kebetulan my uncle invite tah mana punya Dj Radio jadi DJ umah orang kawin. My sis in law said that the Dj is all-in-one. Siap baca doa lagi setiap kali nak mula majlis. Pengantin sampai pun baca doa. Masa pengantin nak makan, i tak perasan pulak dia baca doa ke tidak. But for me, that songs he played not really matched my taste. I am more into sentimental, soul, R&B, or any songs that i used to sing during my happy day. Haha my happy day jek. My bad day i layan heavy metal yang kasi pecah-pecah barang tuh. :p

Hijau itu melambangkan alam sekitar. Saya bukan Alam Flora yek.

Ok, that evening going back to my place. Suka sangat balik malam. Even adik-beradik sangat murka apabila menyatakan bahawa i pulang bersendirian memandu di kegelapan malam.
My baby dah pun cecah 40k km just before i reach the exit to Gambang.

Oh! Sila abaikan gambar di atas kerana ingin melihat what the hell my face look like when wearing that tudung. Haha. Macam sial punya ayat. Muka macam muslimah sejati kan kan? Juga abaikan background picture. Barang-barang masih berterabur even pinggan mangkuk pun masih dalam kotak. Sungguh tak mampu untuk berkemas.

-the end-

May 18, 2009

Orang dah tag.. jawab jek la..

1.The last person to tag you was?
Cik Rus

2. Your relationship with him/her?

One of my friends and ex-housemate.. (bukan ex jugak la sebab barang dia tak habis angkut lagi.. kekeke)


3. Your 5 impressions towards him/her?

i. Mbam..
ii. Kaki gunung Himalaya
iii. Kaki bebel.. (eh, tak jugak la..)
iv. Kaki pau Kak Ana (kakak dia yek.. not my sis-in-law)
v. Kaki sport (semua games dia nak join..huh!)


4. The most memorable thing that he/she has ever done for you?

Uiii.. tak terkata banyaknya..


5. The most memorable words that he/she has said to you ?

Pun tak terkata..


6. If he/she becomes your lover, you will...

Hah lover? Tak pasal-pasal kena penampor..

7. If he/she becomes your enemy, you will…

Bang! Bang! Kaboom! Kaboom! (cik rus.. bluweekk!)


8. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on...

Errm.. suruh dia jadi romantika d amor sikit kot..

9. If he/she becomes your enemy, the reason is…
Jap.. nak pikir dulu..


10. The most desirable things to do for him/her are…

Haa? Ada ke most desirable things i buat untuk u?


11. Overall impression towards him/her is…

Mbam..


12. How do you think the people around you will feel about you ?

Owh.. i never really think what people feel about me. Nak suka..sukalah. Nak marah.. marahlah.. abih cito..

13. Who is your ideal ?
Ayat tergantung la.. Ideal mende? Ideal lover? Ideal friend? Ideal enemy?


14. What do you hate about yourself ?

Being sarcastic.. kadang-kadang..


16. For the people who care for you and like you, say something about them.

Thank you for your care.. hehe..


17. Bra or panties ?

Err.. lacy bra and thong? bengong betol la.. :p


18. Chocolate or ice-cream ?

Ice-blended boleh tak?

19. 2 people to tag?

2 jek?

1. Kak Na
2. Cik Onah

20. Who is number 2 having a relationship with ?

Ntah la.. she's very secretive right now about her love life.. betoi dak?


21. Is she/he a male or a female ?

Perempuan melayu..

22. If number 1 and 2 got together, would that be a good thing ?

Rasanya no. 2 will be more talkative.. kwang3


23. Is number 1 single ?

Not anymore..

24. Say something about number 2.

Errm.. sometimes she likes to tenung orang lama-lama sampai orang tu takut dengan dia..


25. What do you think about number 1 and 2 being together ?

Being together in terms of being good friends? Sure!

26. Describe number 1.

Cute and bubbly..

27. What will you do if number 1 and 2 fight ?

Ok. I'll put a grenade between them and kaboom..!!


Dah settle..

May 14, 2009

Asyik kena tag jek..

Aku

kena

tag

lagi...

Ni semua Cik Russ...ee punya pasal. (ala, sebenarnye aku ni jek yang rajin sangat. pastu dok bising-bising pulak. bluweeekk!)

Arahan:
1)[printscreen] *current* wallpaper -- jz a simple press of fn+prt sc
2)REASONS why do u like/adore/cherish on the wallpaper ???
3)tag 10 people
4)titik.

1) The picture:


2) Sebab aku suka wallpaper ni;
- ini adalah gambar yang agak thrill, yang dapat menggambarkan pelbagai perasaan jika kita berada dlm situasi yang sebenar. (hmm.. kasi pikir sendiri la ek)

3) 10 orang yang nk di tagged yek hehe..
- orang yang aku nak tag dah di senaraipendekkan oleh Cik Rus. Maka tak perlulah aku menge'tag' mereka lagi.

4) . (kata titik.. aku letak dot la)


-dah tamat-

May 4, 2009

Percutian tiga hari dua malam

Macam biasa. Kalau dah cuti panjang. Langkah pun kena panjang. Tapi langkah aku ni bukan la panjang ke tempat lain. Mana lagi kalau tak ke kampung halaman. Itulah sebaik-baik langkah yang perlu untuk merehatkan diri dan minda.

Tapi malangnya kunci rumah kampung ada kat abang aku lak. Dia pulak lupa nak bagi kunci tu kat kakak aku. Huh! Sengal..
Maka langkah aku terhenti kat Paya Datok jek. Melayan si ikan puyu kepunyaan Dak Ena. Juga melayan bapak yang semakin uzur disebabkan penyakit Gout. Makan tak pantang camana la tak kena balik bengkak kaki tuu..

Sebelum tu aku hantar intan pulang ke pangkuan keluarga kat Greenwood. Lepas tu langkah panjang sampai la ke Kepong. Hehehe.. Oleh kerana cuti, maka berkesempatan tengok wayang.


Jalan cerita yang menarik dan hebat. Itu je yang aku boleh kata. Cuma bak kata cik abg, macam tergantung jek jalan cerita tu. Contohnye, apa kaitan antara Logan dengan Victor. Adik beradik ke, sepupu sepapat ke, pakcik ngan anak sedara ke. Bagi aku mutan mungkin sama dengan vampire. Yang boleh ada dialog sama macam "We are families. We protect each other". Walaupun berlainan keturunan tapi keadaan diri mereka yg buatkan diorang saling melindungi.

(Ceh! Macam aku ni pandai kritik filem pulak kan..)

Ok. Tamat kisah wolverine. Lepas tu lepak pulak kat SweetChat in BTS. Bila masa pulak wujud SweetChat kat sini? Satu suara berkata.. "Tu la.. sapa suruh keja jauh²?" Ek eleh.. Apa pun, sini memang best. Macam-macam pemanis mulut ada. Tapi kuih-muih Malaysia yang manis² tu tak ada la kot. Cuma yang berasaskan ais jek. Tu pun apa yang aku telek dalam menu la.


Malam tu gerak balik ke Alor Gajah. Lengang seh highway ke selatan. Masa ikut highway LPT tu sesak jugak la sebab orang ramai nk ke Pantai Timur. Aku ngan Intan siap boleh gelakkan diorang trapped dalam jem.

Tapi semalam aku pulak yang terperangkap. Hampeh. 2 jam lak tu sangkut.

"Tu la, sapa suruh keja jauh-jauh?"

-the end-

April 20, 2009

minggu yang membuatkan aku hilang daya tahan lapar

Lapar.

Panas. Hujan. Panas. Hujan. Lepas tu panas balik. Bila je ada niat nak basuh kereta, tetiba ada la pulak sekelompok awan hitam dok atas langit kat kawasan umah aku. Ala, baru berangan nak kurangkan berat badan dan tambah muscle kat tangan aku bila basuh kereta. Bengang. Ari Sabtu adalah hari terakhir final exam kat kampus. Exam pagi jek. aku malas nak balik awal hari tu. Baik layan game atau internet kat office daripada balik rumah tido sepanjang petang. Kalau tak tido pun dok melayan tv cerita yang entah apa-apa. Lagi bosan. Dah la rumah bersepah. Lagi menyampah.

Tetiba lak terasa rajin nak buat kuih koci. Sekarang ni kena buat sendiri. Dulu selalu jugak bila balik kampung arwah mak yang suruh bancuh tepung then dia buat inti. Sedap giler. Kenapa aku buat tak macam arwah mak buat?
Kenapa?

Ahad rasa heaven. Bangun tido pukul 7. Bukak pintu bilik aku dah ada kejutan pagi. Damn. Terus darah naik ke kepala. Sakit. Geram. Terus hilang mood aku nak happy-happy pagi tuh. Lepas subuh gajah aku terus lepak dalam bilik layan buku. Mood dah reda baru aku kuar bilik. Aku lebih suka diam. Malas nak bising-bising. Bagitau sekali dah. Faham-faham la sendiri.
Bosan keluar masuk bilik aku buat apa yang patut aku buat. Basuh sarung sofa. Letak kandang kucing kat luar (skali ngan budak 2 ekor tuh) then kemas ruang tamu. Kalau la ada mesin hampagas.....

Lepas 3 jam kemas living hall jek aku cari bathroom scale. Kurang 500 gram beb! Kalau aku kemas seminggu sekali selama 3 jam = aku jadi zombie. Cukup untuk minggu ni. Mana boleh jadi tiap-tiap minggu. Tak ada istilah bibik. Masing-masing kena sedar diri. Ok.

Pegi AGD final year student aku gunakan apa yang ada. Jubah yang aku beli masa pegi Umrah dulu, Tudung bini Mawi yang saja dibuat pekasam, dan stokin hitam Giant berharga 99 sen. Cuma ada la selai baju yang aku tak ada dan tak mau pinjam orang punya. Kena beli la jugak. (Rasa bangga kejap sebab tiba-tiba jadi pandai menggunakan apa yang ada dalam wardrobe. Hinssss..hinssss...)


note: gambar ada. kena tunggu yang cantik sebab kamera aku rosak. damn. damn. damn.