April 2, 2011

How i miss my parents so much...



Got this video from my friend, Eddy's FB post. This video shows how this daddy put his love so much to his son by fulfilling all of his son requests.

"Daddy, will you run the marathon with me?" The father answers yes and both run their first marathon together. One day, the son asks his father if he wants to run the marathon with him again and the father answers yes. They both run the marathon together again. Then one day the son asks his father:
"Daddy, will you run the Ironman with me?"
(the Ironman is the toughest...it requires a 4km swim, 180km biking and 42km running). The father says yes again.



Bila tengok video ni, air mata menderu mengalir. Teringat masa sekolah dulu arwah abah hantar dan ambil dari sekolah. Bila dah masuk Universiti pun macam tu juga bila aku pulang ke kampung. Abah akan tunggu aku di bus stop. Tahun pertama aku di alam pekerjaan pun masih lagi abah yang ambil bawa balik ke rumah. Tahun seterusnya aku dah ada kenderaan sendiri.

Arwah abah masa dulu sangat garang. Jangan buat silap sikit, tentu timbul amarah dia. Kami adik-beradik tak pernah terlepas paling kurang pun rotan. Aku tahu, itu adalah cara arwah untuk mengajar kami tentang kehidupan.
Selepas mak meninggal dunia, diri arwah abah jadi tak menentu. Abah dah kurang baran, lebih banyak diam, dan abah juga mengalami pre-alzheimer. Berhijrah ke sana ke mari tinggal bersama anak-anak. Aku terkilan juga sebab tak dapat jaga abah kerana aku menyewa bersama teman-teman lain.

Aku dapat berita abah pengsan dan mengalami pendarahan dalam otak, memang terkejut sangat. Banyak kali aku minta pada Allah agar sembuhkan dan sedarkan kembali abah. Paling terkilan bila abah tak tahu yang aku dah putus tunang. Aku takut nak beritahu sebab tak nak abah susah hati dan kena angin ahmar sekali lagi. Bila dah jadi macam ni, aku rasa menyesal sangat.

Abah, adik minta maaf kalau adik dah kecewakan abah. Adik sayang abah dulu, kini dan selamanya. Terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang abah berikan semasa membesarkan adik. Adik rindu sangat dengan abah..

Al-Fatihah.

March 25, 2011

Belas kasihan hilang sekelip mata

Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni. Macam-macam hal yang berlaku tapi biar berperang dalam hati saja. Kejadian hari ini membuatkan timbul kembali perasaan belas kasihan.

- 7.35 malam

Memandangkan aku dah tinggal seorang diri, maka kerajinan dalam diri mula pudar. Balik kerja aku terus singgah kedai untuk beli santapan malam. Tiba di rumah, kelihatan 'Kecik' ada kat grill rumah. Dalam hati aku sangka dia ni lapar nak makan sebab bila aku balik, dia mesti berlari dari rumah jiran ke rumah aku. Almaklum, inilah rumah dia membesar. Turun dari kereta, ada seekor anak kucing keluar dari rak kasut. Oh, mungkin itu anak Kecik. Aku angkat, tengok mata anak kucing tu bengkak, tak boleh melihat. Bawak masuk dalam rumah, kebetulan ubat sakit mata untuk anak2 Kecik kelahiran pertama ada lagi.

- 8.30 malam

Setiap Khamis malam aku ada latihan boling. Sebelum keluar, bawa keluar Kecik dan anak2. Konon nanti dia balik la ke rumah jiran.

- 11.45 malam

Balik dari boling, tengok ada lagi Kecik dekat rak kasut. Kali ni aku yakin Kecik nak beri aku tunjuk anak-anak dia sebab sebelum ni dah banyak kali aku suruh dia bawa anak dia pulang ke rumah aku. Tapi kali ni lain pulak corak bulu anak kucing. Bila perhati balik rak kasut tu, ada 4 ekor lagi anak kucing. Ya Allah, semuanya mengalami masalah kesihatan yang sama. Mata bengkak. Tak sampai hati nak biarkan mereka tinggal di luar. Lagi-lagi sekarang ni musim hujan lebat. Tentu kesejukan nanti. Bawa masuk semua, beri ubat demam, ubat mata dan beri mereka makan. Tiba-tiba perasaan amarah dan kesal timbul.

" Makcik, nak cage tu!"
" Errm.. Tu cage kawan makcik. Nanti makcik kasi ye." Masa tu Ida (ex-housemate) yang entertain budak kecik tu. Cuti Aidiladha tahun lepas.
"Huhuhuhu... nak cage tu jugak!! Nak bela kucing!" Sambil menangis melalak depan pagar.
Nak tak nak, terpaksa la Ida turutkan hati budak kecik tu.

Bila aku balik rumah, Ida cerita kisah budak kecik tu. Takpe la, nak guna kejap je pun. Seminggu lepas tu, cage tu dah ada kt depan pagar. Then, bulan 12 tahun lepas, datang lagi. Memekak kat pagar rumah.

"Makcik..makcik.. Nak cage tu makcik.."
"Hah? Nak?!!" "Nak pinjam ke?"
"A'ah. Nak bela kucing."

Ish.. muka tak tau malu langsung. Mak bapak pun sama. Biarkan anak mengemis kat rumah orang. Beli sangkar yang kocik tu pun tak boleh. Beli kereta besar boleh pulak.

"Kenapa tak beli sangkar sendiri? Kan senang nak bela kucing."
"Mama tak bagi beli sangkar."
"Kenapa nak bela kucing kalau mama marah? Nanti mama marah lagi.. Ni makcik bagi pinjam je tau. PINJAM JE tau.. Nanti pulangkan balik ye.."
"Ok." Dah dapat cage tu terus blah je. Terima kasih? Hareemmm..

SEBULAN lepas tu, sangkar tu sekali lagi ada kat depan pagar. Mana2 orang yang tak tau cerita, mesti ingat aku beli sangkar, tapi tak ada kat rumah. Ya Rabbi, ada jugak makhluk Allah yang tak bersyukur dan berterima kasih atas bantuan kita. Bila dah beri pertolongan, bantuan, kesenangan, langsung tak ucap terima kasih. Bukankah itu salah satu adab budaya keturunan kita?

Peristiwa hari ini, aku yakin jiran sebelah rumah (selang satu rumah) ni yang hantar balik anak2 kucing tu. Kenapa? Sebab anak2 kucing tu sakit? Nanti berjangkit virus "Adenovirus" dekat anak-anak dia? Ataupun tak mampu nak tanggung makanan mereka? Dan kenapa biarkan anak-anak dia yang tak reti malu tu melalak dan meminta-minta di rumah orang?

Tak apalah. Aku yang jaga Kecik tu dari kecil sampai besar. Juga bila Kecik melahirkan anak2. Sehingga satu demi satu anak-anak kucing tu mati akibat jangkitan Virus. Kali ni Kecik bawa anak2 kelahiran kedua tinggal di rumah tuan dia. Jika panjang umur mereka, akan aku bawa ke rumah sendiri nanti.

December 30, 2010

2.0.1.1.

Dengan tak disangka PM isytihar cuti umum sebab pasukan bola sepak Malaysia jadi juara untuk Piala Suzuki. Eh, Suzuki? Brand yang buat kereta tu taja piala ke?

Demikian jugak dalam masa tak sampai 48 jam kita akan berhijrah ke tahun baru. Seperti biasa aku tak nak lagi buat apa-apa azam tiap kali menjelma tahun baru. Bukan dapat capai pun. Dan rumah bernilai juta-juta ringgit masih lagi dalam angan-angan.
Kesian kan?

Banyak perkara suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2010 ni. Serba sedikit mengenai suka-duka 2010:


1. April - Abang aku yang awek-keliling-pinggang-payah-sangat-nak-kahwin akhirnya bernikah dengan pilihan hati satu tempat kerja.

2. Julai - Aku dengan penuh gumbira dan berani membawa diri ke Shanghai, China seorang diri selama 5 hari. Tapi sampai sana tinggal satu bilik dengan member. Perempuan.
Akhir Julai aku kehilangan insan tersayang iaitu ayah aku disebabkan pendarahan dalam otak. Memang betul-betul rasa kehilangan.

3. Ogos - Bulan puasa yang banyak menduga keimanan dan tahap kesabaran diri.
Ada sesuatu yang langgar lampu belakang kereta tanpa disedari. Aku sumpah 10 keturunan orang yang langgar tu hidup merempat. Agak zalim tu.

4. September - Menyambut Aidilfitri penuh rasa sunyi dan suram. Tak best langsung. Nak jalan-jalan pun kena pikir 10 kali. Haih.
18 September - My birthday. Seperti 28 tahun yang lepas, tarikh lahir jatuh pada hari Sabtu. Rasa macam baru dilahirkan saja. Ngeeeee. Dah besar, dah tak ada lagi sambutan dan kek bukan coklat. Haih.

5. Oktober - Prestasi kerja kurang memuaskan sampai kena amik tindakan 'diperhatikan'. Semua ini gara-gara desakan doktor untuk buat check-up berkenaan 'slip disc' suspected, sakit kepala, sakit lutut akibat bowling serta kemurungan melampau.

6. November - Buat pertama kali aku berani 'sound' ahli keluarga yang liat sikit nak balik kampung untuk menyambut AidilAdha dalam laman Facebook. Dah ada kereta mahal-mahal pun tak nak balik lagi ke? Huh!

7. Disember - Perancangan untuk mengembara ke negara jiran telah ditunda. Hati yang berbunga kuncup kembali. Tak apa, tahun depan segala cuti untuk riadah akan di selenggara dengan sempurna. Jangan tiba-tiba 'instant decide' nak kahwin tahun depan sudah. Duit tabung belum cukup lagi nih. Rumah kampung belum cat baru.

Kahwin? Apa tu?

Banyak lagi perkara selain di atas berlaku dalam hidup aku. Akan tetapi biarlah hanya Allah, aku dan keluarga sahaja yang tahu. Yang pasti aku semakin bersemangat dengan hidup baru dan semakin ber'usia'. Dah kira stabil dah nih. Cuma rumah sendiri je belum dapat lagi. Dah la harga rumah semakin naik sekarang nih.


Permohonan untuk menjadi skandal dibuka tahun depan. Shortlisted saja akan diambil kira. Hahaha.

December 22, 2010

"Jaga baik sikit eh..!!"

Aku terbaca satu status sahabat maya dalam Facebook yang dia hangin dengan satu couple tak reti bahasa. Lepas tu dengan tiba-tiba terimbas balik alkisah kejadian di Tesco Melaka bila aku tergerak hati nak potong rambut. Salah seorang anak buah aku suggest pergi ke A Cut Above kat Tesco tu. Aku pun bawak la rombongan pergi sana.

Sampai dengan riang hati dan gumbira sebab dah lama tak potong rambut yang dah macam nenek kebayan. Terbayang-bayang dah design gempak ala-ala aktress Hollywood. A Cut Above ni jenis bayar dulu baru gunting. Guna kiosk pulak tu. Ala, yang macam kiosk beli top up tu.

Oleh kerana nak tengok dulu hasil, aku suruh anak buah gunting rambut dulu. Then bila masuk je ada seorang mak buyung dan anak perempuan umur lebih kurang 3 atau 4 tahun la. Si mak buyung ni pun aku tengok macam awal 20-an je lagi. Muka fresh sangat. Kawin awal kot. Aku ingatkan nak duduk la kat sofa yang ada tu. Dah dia seorang je yang conquer takkan la aku nak menyelit jugak. Anak buah aku yang lagi seorang tu nak duduk bersila ke? Jadi nak tak nak, aku dan si anak buah lagi seorang tu berdiri. Sambil tengok rambut anak sedara yang lelaki ni dikerat rambutnya segenggam demi segenggam, aku ternampak la design potongan rambut perempuan dalam sekeping kad A4 yang dah di laminate atas sofa. Aku rasa ada la dalam 2 kaki jarak kad tu dengan tempat dia duduk. Aku tanpa segan silu ambil la kad tu tanpa berkata apa-apa. Tengah belek-belek kad tu dengan anak sedara yang perempuan, aku rasa macam ada sepasang mata yang dok memandang.
Kerling sekejap je kat mak buyung ni. Lepas tu dia tenung aku dah macam nak keluar bola mata dia tu.

Aku pandang balik kad. Jeling kat dia sekejap. Eh, tenung lagi.
Lepas tu aku dengar ada dengusan "Eii.. marah betul aku macam ni.."
Aku pun buat la dengar tak dengar je. Then anak sedara tegur, "Asu, apa hal pompuan tu dok pandang-pandang Asu...?"

Mendengus lagi.
"Kalau muka tu cantik takpe lah. Ni dah la tak cantik, tak ada manners langsung.."

Aku diam je. Anak sedara cakap bisik.
"Asu, dia ni macam marah kat Asu jek"
"Lantak la Along, dah gila la tu." Sambil aku pandang tempat lain dan senyum sinis.

"Huh! Memang marah dah aku nih..!" kata mak buyung tu lagi dengan nada yang perlahan. Dia ingat aku pekak agaknya. Lepas tu, datang la adik dia dari kerusi gunting merapati diri mak buyung ni. Rupanya dia ni tunggu turn nak gunting rambut. Dia datang bersama-sama adiknya yang pengkid dan sorang kanak-kanak perempuan. Besar kemungkinan itu adalah anak sulung.

Bila tiba turn dia untuk duduk di kerusi gunting, bangun dan berjalan di depan mata aku. Aku bukan jenis nak pandang orang tak tentu hala. Bila aku betul-betul marah baru lah aku pandang tepat dalam mata dia. Itu baru pandang mata je. Belum lagi aku sepak terajang orang yang aku marah tu. Gangster la katakan. Huh!
Ok. Berbalik kepada cerita asal. Masa mak buyung ni berjalan sempat lagi dia dengus depan aku.
"Hurgh! Jaga baik sikit eh!" sambil mulut pot pet lagi. "Memang tak ada manners langsung. Dah la tak cantik. Cuba la cakap excuse me tadi.. bla bla bla.."

"Amoi, u mau cut rambut u macam mana?"
"Err..err.. i nak potong rambut pendek sikit, then i nak ada volume sikit rambut i.."

Tapi aku tengok apek tu tak ada la pulak buat volume kat rambut dia tuh. Setakat potong dua tiga helai je la kot. Settle.
Selesai anak sedara yang lelaki gunting rambut, aku pun ajak dia blah dari situ. Tak mungkin aku duduk sebelah perempuan yang tengah mengandung tapi tak boleh control kemarahan. Sensetif sangat. Bak kata anak sedara aku,
"Dah kena sawan babi tu. Dia pun bukannya cantik. Buruk jugak. Dah la ada taik lalat besar gedabak kat hidung dia."

Gila.

Maka saya ingatkan di sini kepada ibu-ibu mengandung jangan ikutkan sangat emosi anda. Confirm akan memudaratkan kesihatan anak anda. Silap haribulan jadi budak tak normal. Jadi fikir-fikirkan lah.

Aku tenangkan hati dengan beli sepasang baju kurung yang berharga RM150.
Dah senyum balik.


Dan baju itulah 'Kecik' buat alas dia beranak. Huh!

November 29, 2010

Just counting days to 2011

Tak lama dah. Pejam celik pejam celik tau-tau dah tahun baru jek. Masa semakin pantas berlalu.



Dari zaman sekolah rendah lagi dah minat lagu ni. Masa tu memang sepatah haram aku tak hafal dan tak faham langsung senikata dia. Cuma minat tang melodi jek. Bila dah naik sekolah menengah baru lah aku reti. Kalau masuk 'Jangan Lupa Lirik' confirm aku kunci lah. Haha

Bila hayati balik lagu ni berkait rapat dengan keperluan hidup manusia untuk mempunyai teman. Tak kisahlah teman biasa atau teman rapat @ kekasih. Aku juga tergolong dalam kelompok manusia yang perlukan teman. Cuma teman yang betul-betul mempunyai kredibiliti seorang teman atau sahabat memang susah nak cari. Kalau ada pun satu dalam sejuta. Kawan yang suka tikam dari belakang jangan cakap lah. Memang berlambak kat dunia nih. Jenis yang macam tu confirm kena tendang keluar dari status 'kawan baik'. Maka jangan harap bila dah buat 'taik', boleh jadi bestfriend aku. Namun aku pun mengaku pernah jugak bergaduh dengan kawan baik. Tak semena-mena aku lempang kawan aku tuh. Haha. Itu kisah 19 tahun lalu. Lama tu. Sekarang ni masing-masing bawa haluan sendiri. Dia dah dapat 'dream job' dan aku masih belum dapat 'dream job' aku. Pathetic. Satu je persamaan antara kami. We are both single and still looking for Mr. Right!! Haha.

Dapat berita baru pasal moving to the new building. Perpindahan kami ke bangunan baru telah ditunda ke tempoh yang masih belum dikenalpasti. Adeh. Dan yang paling menyedihkan, besar kemungkinan exam akan di jalankan kat tempat baru manakala pejabat masih lagi di bangunan lama. Oh! Tidak!! Gila penat nanti. Kena ulang-alik dari office ke exam venue. Nak buat macamana. Arahan pihak atasan. Kena patuh. Huhu.

Mmm.. kalau kena ulang-alik bawa kereta ke bangunan baru tu.. Nak claim minyak ke tak?
Duit tuh.